Nuffnang Adds

Thursday, November 14, 2013

Ziarah Madinah dan Makam Rasulullah SAW


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, hari ini gigihkan jugaklah update entri pasal ziarah ke Madinah dan Makam Rasulullah s.a.w tercinta.  Perjalanan ke Madinah dari Mekah ambil masa lebih kurang 6 jam dengan bas. Kebanyakan jemaah masa kami di sana datang ke Madinah dulu kemudian baru lah menunaikan Umrah. Tapi kami ke Mekah dulu untuk selesaikan ibadah yang wajib kemudian baru ke Madinah untuk ziarah. Difahamkan ziarah ke Madinah ni bukan lah termasuk di dalam rukun umrah. Tapi sebagai Umat Islam, siapalah yg nak melepaskan peluang utk menziarahi makam Rasulullah saw dan para sahabat serta bersolat di Masjid Nabawi! Karangan bergambar akan menyusul selepas ini. hihihi.


Sepanjang perjalanan dgn bas tu mmg disajikan dengan padang pasir semata. Ade jugak ribut pasir, dalam sejam gitu lah. Lepas tu berhenti kejap di RnR dorang..ayoyo. Pak Arab punye RnR..beza 100X ganda dgn RnR di Malaysia..especially RnR PLUS dari KL ke Johor (ai kan org johor..hehe).  Sesampai di Madinah dah malam. Dah masuk Isyak kot. Semua org dah sebok berkejar ke Masjid, kitorang kene lah angkut beg masuk bilik dulu kan. Hotel kitorang dekat je dgn pintu An-Nisa' di Masjid Nabawi, dlm 50 meter je. Hotel pun boleh tahan. I dgn En. Husben mmg amik bilik berdua je. Bilik utk kitorang pun besar. Masuk2 lupa nk snap gambar. Dah bersepah baru teringat. Beza sgt2 dgn kat Mekah. Gambar hotel kat Mekah lupa nk snap. Tp Alhamdulilah..janji dpt menjadi tetamu-Nya. 

Sampai2 je nampak Masjid Nabawi, tak tau nk kate ape. Rasa rindu pada kekasihNya tibe2 je dtg membuak2. Kubah hijau tu lah letaknye Makam Nabi kita. Ziarah dalam termasuklah ziarah ke perkuburan Baqi' yg terletak di dalam kawasan masjid jugak. Di perkuburan Baqi' tu la tersemadinya isteri-isteri nabi seperti Saidatina Aisyah binti Abu Bakar dan para sahabat seperti Uthman bin Affan. Perkuburan Baqi’ juga ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jemaah haji atau umrah. Kitorang cuma lihat dari luar je sbb kebenaran utk masuk hanya untuk kaum lelaki. Itu pun ade masa-masanya iaitu lepas subuh dan asar serta apabila berlakunya kematian.


Kemudian kebetulan kitorang sampai masjid lepas isyak kan..so boleh la org pompuan ke Raudhah iaitu sebahagian dari taman-taman syurga tempat kedua mustajap nye doa selepas Multazam. Ada 3 waktu je dibenarkan kaum wanita masuk ke Raudhah - lepas subuh, asar dan isyak kalau tak silap. Kite ni org Malaysia mmg last2 la baru dapat masuk. Indon leh pulak cepat..jangan tak tau, pengaruh Indon mmg dah kuat dah kat Mekah dan Madinah. Pekerja2 baik di MasjidilHaram or Masjid Nabawi kebanyakkannya orang Indon. Semua mmg pakai purdah/niqab kan tutup muka. Ade satu hari tu kat MasjidilHaram, penat lah I nk speaking arab ke english ke urdu ke semua dia bantai tak paham. Siap lah I pakai bahasa isyarat mintak on kipas. Last2 dia tanye "Malaysii, Endonesii?" ai ckp "Malaysii" terus kuar loghat jawa dia daaa..haha. Btw arahan utk masuk ke Raudhah tu pun dalam bahasa Arab dan Indonesia..Makguard2 tu pun dah pandai ckp indon..hihi. 


Rasulullah saw bersabda:
“Tempat antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga.” (HR. Muslim)
Itu lah Makam Rasulullah saw dan mimbar nabi. Sebelah-sebelah je. Sebelah makam nabi pulak terletaknye makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Jangan lupa belajar ttg cara-cara dan adab berziarah ye spt berdoa memohon syaafaat utk Rasulullah SAW, berdoa sambil menghadap kiblat bukan makam dan sebagainya. Gambar pintu makam dan mimbar tu En. Husben yg amik kan. Orang lelaki mmg takde halangan nk masuk situ..cuma kene pandai2 cari ruang. Tapi perempuan mmg tak boleh. Ruang perempuan agak terhad. Ade sekali kitorang pergi lepas isyak, pukul 1 pagi baru dapat masuk Raudhah. Dapat je masuk ape lagiiii..nampak je karpet hijau terus sujud. *ok sayu jap. Kalau nk cepat masuk pakai lah niqab tutup semua muka mcm org arab tu. kalau tak, nmpk je muka melayu kite ni mak guard tu jerit "ibu..ibu..duduk!" haaaa..terkulat kejap. Erm..gambar last sekali belah kanan tu gambar laluan orang perempuan utk masuk ke Raudhah. Ruang tu ditutup, so orang perempuan tak dpt la pergi ke mimbar dan makam nabi cuma dapat berdoa di sebalik kain ke kembes plastik ek yg dorang guna tutuk asingkan ruang perempuan dan lelaki. Mungkin ade hikmahnye dorang buat mcm tu..ye lah org pompuan ni emosi kdg2 takleh blah kan..ade tah org dari mane tah..pakistan ke uzbekistan ke go head gostan ke tak sure. Dia punye menangis..meraung2 siap bersyair bagai gamaknye. *eh I bukan mengumpat tau..cuma nk share pengalaman. hihi. Ok next!




Next day kitorang plan nak ke pasar kurma. Dekat je dgn Masjid Nabawi. Kalau nk senang kuar ikut pintu 25 yg En. Husben interprem tu. Sambil jalan2 tgk sekitar masjid, sampai lah ke pintu ni.  Abah dgn mak dah pernah ke umrah sekali dan tunaikan haji sekali..mmg dorang dah terer la bab jalan2 kt sana.  Beli kurma/coklat/kacang kat pasar kurma mmg berbaloi. Kene pandai tawar harga. Kurma nabi boleh dapat sehingga RM60 sekilo. Tgk gred la. Something yang tak leh miss adalah kurma salut coklat. Mmg awesome yuollsss! Test berkali2 baru beli. Kenyang gitu.  Abah ckp better beli kat pasar kurma ni daripada beli di ladang kurma nnt..memang betul! ladang kurma mahal seyyy..balik tu ktorang naik teksi sebab tak larat angkut hasil shopping kurma yg berat2 tu. Actually bukan teksi, tapi lori! hahaha. Lori kecik..pak arab tu offer kitorang teksi. Kitorang pun malas nk tunggu2. Ikut je la dia. Sekali lori! haha. Rugi tak snap gambar. Mmg sesuatu pak arab ni!




The next day kitorang ikut program ziarah luar dgn travel agent. Ziarah ke Masjid Quba'.  Di dalam Al-quran Masjid Quba' ini disebut sbg masjid yg dibina di atas rasa taqwa. 
Sabda Nabi SAW : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.) 
Kemudian kami lalu sahaja di masjid qiblatain dan masjid tujuh sebab kejar masa nk bersolat zohor di Masjid Nabawi dan nak ke jabal uhud dan kilang percetakan Al-quran. Sambil2 tu mutawif bercerita la kisah2 di sebalik masjid2 tu.  So amik gambar dari luar je. Kemudian ke Jabal Uhud dan berziarah ke perkuburan para syuhada' uhud. Dengar mutawif cerita pasal para syuhada' uhud ni, mmg terharu. Pengorbanan dorang berbanding kita ni utk menegakan Islam mmg jauh panggang dari api. Sadis. Ini sedikit info pasal peperangan uhud:

  • Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang.
  • Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.
  • Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Kerajaan Saudi mmg tutup perkuburan tu dari pandangan orang ramai..so mmg tak nmpk dari luar. Katanye utk mengelakkan perbuatan khurafat. Tak sure perbuatan seperti apa. Next ke ladang kurma pulak. Seperti yang dibilang oleh abah, mmg mahal dan terrrrrlalu ramai orang. Semua sebok membeli. Kitorang turun kejap tgk2 then duduk je tunggu dalam bas. Sbb semuanya telah selamat dibeli awal2 lagi. Dengarnye driver bas dapat komisyen bawak jemaah ke ladang dorang ni. Tu yg bawak ke ladang tertentu tu. Abah ckp ade beberapa ladang lagi kat Madinah ni. Tapi ikut driver bas bawak yg kat mane. Ikut jumlah komisyen kottt?? Bila semua orang dah kumpul dalam bas, singgah pulak la ke Kilang Al-Quran. Ini pun lelaki je yg dibenarkan masuk. So org pompuan mmg tak turun pun bas. I ape lagi..Zzzzzz je lah jwbnye. Setiap org dapat lah souvenir Al-Quran sorang satu. Seronok bile En.Husben tunjuk doorgift dia dapat. Hehe. Pembahagian Al-Quran pun ikut peringkat umur ye..En. Husben yg muda sikit dapat yg kecik, yg umur pertengahan dapat yg sederhana, abah dapat yg besar. Ade atuk tu dapat paaaling besar. Mmg 'sesuatu' kan. hehe. Then kitorang pun balik dan sempat solat zohor dan Masjid Nabawi seperti yang dirancangkan.



Kat Madinah ni mmg heaven la shopping! Eh ni nak ibadah ke shopping ni?? haha. tapi betul. Pemandangan kat atas ni mmg ade di mana2. Depan hotel, belakang hotel, tepi hotel..mmg takleh elak! kuikuikui. Untuk yang nak cari jubah boleh beli kat kedai2 yg tersorok sikit dlm shopping mall, lebih murah berbanding yg kat luar2 tu. Mmg 2-3 kali jgk lah pergi satu mall tu. Dekat area Bin Dawood Madinah. Geram tgk jubah2. Ye lah kan kalau nk beli kat sini jubah2 'umbrella' yg mmg tengah 'in' kat sana and design exclusive tu boleh dapat bawah RM100. Cuba kat sini?? mau 2-3 ratus selai. Itu pun online.  Yg batu-batuan jgn ckp lah. Tapi I prefer yg simple dan elegant. eceh. Seluar-seluar utk pakai dgn jubah pun murah..dalam 10 riyal je. Rugi beli banyak2 kat mydin dulu. uhuk. Yang paling best dapat beli sejadah tebal ade tilam nipis dalam dia..sampai skarang pakai! Balik Malaysia ramai pulak yg kenan. Bising knp kitorang tak beli lebih. hehehe.


Ok ini dah sampai perenggan 3rd last. hihihi. Gigih la nk membaca nye ye. Yang menaip ni ape lagi. Dah terkehel tengkung ni ha. Takpe gigih nk simpan kenangan berharga ni punye pasal. Last malam before bertolak balik ke Jeddah esoknye tu, kami - I, Syafiqa, dan emak berjalan-jalan pusing Masjid Nabawi dan ucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah. Duduk2 kat kawasan Masjid Nabawi sambil berselawat ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan melayan perasaan masing2. Esok dah nak balik :'(

Ini adalah sedikit panduan ketika hendak meninggalkan Madinah :

Apabila hendak meninggalkan Madinah Al-Munawarrah, sama ada kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah (untuk menunaikan haji atau umrah), anda hendaklah memberi wada’ (selamat berpisah) dengan Rasulallah s.a.w. Pergilah ke Masjid Rasulallah s.a.w, solat sunat, berdoa, kemudian pergilah ke makam Rasulallah s.a.w. seperti sebelum ini, berilah salam dan akhirnya (mengadap Qiblat) bacalah doa ini :
اَللَّـهُمَّ لَا تَجْعَلْ هَـذَا آخِرَ الْعَهْـدِ بِحَرَمِ رَسُولِكَ وَيَسّـِـرْلِى الْعَـوْدَ إِلَى الْحَرَمَيْنِ سَبِيـلًا سَهْلَـةً وَارْزُقْنِـى الْعَفْـوَ وَالْعَافِيَـةَ فِىْ الدُّنْيـَا وَاْلآخِرَةِ وَرَدَّنـَا سَالِمِينَ غَـانِمِينَ.
Maksudnya : “Ya Allah, jangan Engkau jadikan pertemuan ini sebagai akhir pertemuanku di sisi Rasul Engkau, dan permudahkan bagiku untuk kembali semula ke Haramain (Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah), murahkan rezekiku, kurniakanlah keampunan dan kesihatanku di dunia dan di akhirat, dan kembalikanlah kami dengan sempurna dan sejahtera”.
(Catatan : Bagi wanita yang haid, boleh menziarahi maqam Rasulallah s.a.w. dan ziarah wada’ di luar masjid berhampiran dengan kubah hijau).
Sedihkannnn..akhir sekali berjanji pada diri sendiri 'suatu hari nanti jika umurku panjang, 'aku nk dtg sini lagi'! Lepas tu masing-masing balik hotel, mkn siap2 then check out..sementara tu sempatttt lagi capai2 ape2 yg patut kat kedai2 tepi hotel. Sanggup tak makan. Mmg dasarrrrr! ye lah, kang bawak balik duit riyal banyak2 kat Malaysia bukan laku pun, nk tukar balik kat money changer rugi pulak kan. Jadinya kite perabihkan je laa. Haha. Ha Lagi satu, makanan yang disediakan oleh hotel kitorang baik di Mekah or Madinah sedap2. Alhamdulilah. Takde kes tak lalu makan ke ape. Selera je manjang. Kat Mekah je selalu gak mkn kat luar esp time lunch sebab jauh nak menapak balik hotel lepas solat kan. Pakej jimat kan..jadi dpt lah hotel 600m dari Masjid.  So, standby la sos cili dari Malaysia ye. I bawak yg sachet kecik2 tu. Kumpul KFC punye. Nak bawak botol terus pun boleh. Tapi susah la pulak nk ngangkutnye..bawak la everywhere. Makan dgn kebab. Baru Umpphh. Dorang kat sana mmg takde cili sos. Ade tomato sos je kot. Sama je kot Mekah dan Madinah.

Otw balik ke Jeddah pun lama jgk. Urusan airport di Jeddah takde masalah. Luggage pun check in sekali gus campur dgn jemaah2 lain. So takde la exceed luggage ke ape. Walopon bag dah beranak pinak. Sebabkan naik Etihad Airways, flight transit jugak di Abu Dhabi..Airport dia santek uollss. Dpt jgk jejak kaki kat Abu Dhabi. Tapi airport je laaa..Tak sempat lah nak cinta bertaut di Abu Dhabi bagai. Sejam je transitnye. Jalan turun kapal nk ke gate satu lagi pun dah makan setengah jam. Tu pun En.Husben sempat mandi! Aritu kat Changi pun dia sempat mandi sebelum naik flight. Mmg perangai suka betul mandi kat Airport..tatau la terkenan ape time kecik2 dulu. huhu.



Itu sahaja. Tamat sudah entri Umrah dan Ziarah 2013. Berpinau dah mata. Semoga ketemu lagi di lain entri.  Sekianlah!

p/s : Klik gambar utk tumbesaran yang lebih besar. Maklumlah entri nk jimat space.

Salam.


1 comment:

  1. baru puas tengok gambar. jelas dan besar. saia sukaaa! :)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers