Nuffnang Adds

Showing posts with label Big Bus Tour. Show all posts
Showing posts with label Big Bus Tour. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370 & Paris Part One!

Assalamualaikum Semua..!

Literally, I'm a bit moody today..seriously. Rasa macam tak puas duduk rumah Saturday n Sunday. How I wish I can be a full time housewife! Tapi nanti kang guane nak kumpul duit nak support jenis org yang ade tahi lalat di kaki nih!! hehe..

Btw, perkara yang buat lebih tak senang duduk adalah dok teringat pasal MH370. Yes, memang ajal maut jodoh rezeki di tangan Allah s.w.t. Tapi sesama manusia siapa yang tak sedih kan. So..please..please..keep on praying for MH370 and passengers in it everyone. Tak salah if we give a hope. Allah Maha Kuasa.

Trip ke Paris belum cite lagi kan? Dari London naik easyjet ke Paris..Meh kite cite..

Sampai Paris we all naik van yg di chartered from airport ke Hotel. Driver dia org Tunissia. So boleh la communicate simple English. Senang sikit. If tak silap kitorang bayar dalam 180 euro utk 2 van. Dah tak pikir sgt time ni..janji sampai hotel. Tak larat dah.  Ktorang stay kat Mercure Hotel. Pronounce - Mar-kieee.  Pusing2 carik hotel susah jgk.  Hanya disebabkan cara pronounce nama hotel tu..driver tu tak paham!  mcm ayam dgn itik bercakap dgn org Tunisia tu. Sbb dia mmg cakap France manjang..Rupe2 org france sebut Mercure = Mar-kieee. Fuhhh! Macam nak lempang je.

Hotel mmg selesa..ktorang amik apartment jgk. So boleh masak2. Stok makanan dah simpan siap2 utk 3 hari di Paris. Bilik pun dapat bilik sendiri. Lupa nak snap. Tapi interior boleh tahan cantik jgk. Sudah semestinye tak pakai aircond..pakai heater adelah..sbb sejukkkk! Booking hotel through Booking.com.   Ok jom layan gambo meh..

Dah start balut2 dah..Grrrrrr!
Day 1 - Gambar depan hotel n the nearest metro from our hotel. Kat Paris pun I dah google siap2 jalan2 area hotel. So, takyah dah tanye2 org or tgk peta. Terussss je jalan. En. Husben standard la dgn ayat dia ''Oh i lupa..u dah pernah datang sini kan..?" haha perli la tu :p
Pic dalam dan luar metro..orang kata hati2 dgn pick pocket kat paris..tapi sepanjang kat sana rasa selamat jeee..jalan2 mcm kat M'sia tanpa rasa takut. Serius.
Our very first destination..kalau pi paris tak pi Eiffel tower tak sah wehhh..macam tak caye!! keluar je dari station train, naik tangga, toleh kiri..haa tu eiffel tower. Lupa la turun kat station mane. Time beli tiket tu, tanya je org kat counter..sebut eiffel tower.
fefeeling Cinta Jangan Pergi Sangatttttt! haha
Us with familia :)
Dari atas tadi..jalan ke bawah untuk naik bas..ktorang amik pakej big bus tour jgk kat paris..company yang sama..cuma rupa bas lain dari yg kat London.
Gambar 18Sxxxxxxx...!!
We all atas bas..sejukkk wehhh..


Paris cantikkk sgt. tgk gambar rumput pun nak amik tau..haha kat paris lagi banyak amik gambar dari kat London..bangunan dia semua cantik2 n unik. kat belakang En. Husben tu Notre Dame. 

Musee du louvre..time ni dah petang..sejuk sgt. Maybe dalam 3 degrees. Parents dah nak naik bas sgt dah..tak tahan sejuk. Dalam tu lah katenye muzium yg ada potret monalisa.
Belakang tu lah bangunan untuk enter Musee Du Louvre
The Famous Arch de Triomphe. Di tengah2 roundabout.
Kitorang masuk jap dalam La Fayette. Shopping mall.  Tempat famous org shopping kat Paris. Memang murah. En. Husben nak begambar dgn sales girl Longchamp tu..Lawa katenye nye..celah mane ek?? haha
The Pont Des Arts - Paris Love Lock Bridge. Memula nak verangan jadi Kourtney Kardashian..Tapi tak menjadi. hehe..Gile banyak mangga kat sini! Takut roboh jee..Jambatan ni dah penuh dah lock nye..Jadi jambatan lain pulak dah mula jadi mangsa. Oh kat paris banyak jambatan. macam kat melaka. eh tibe2.
Cantik kan..?? ade baaaanyak lagi gambar kat paris..tapi tak terlarat nak upload semua..hihi
Ini dia bas nye..tiket dia dalam 30euro..tak termasuk cruise ticket. Kalau kat london beli tiket bas free cruise.
Eiffel at night! Cantik sgtttt! Then ktorang naik jgk cruise. Sbb dah beli siap2 kan..rugi lah kalau tak naik. Patut lah kene bayar cruise kat paris ni..mmg cantik! nasib baik naik walopon dah penat gils.
Last kopek gambar dapat amik atas cruise..battery phone n camera dah abis!! arghh rugi2!
Ok nanti kite cite lagi ye..Lps ni cite pasal trip ke Disneyland paris pulak..Till then..
bai!



Tuesday, January 28, 2014

London Trip #3

Assalamualaikum all..!! 

Fuhhh..punye la susah nak start taip entry ni hah. Keras kejong tangan nak menaip. Tapi tidak mengapa..akan ku gigihkan jugak diri ini. Azam tahun baru iolls tamo berhenti update blog. hehehe. 

Btw, tamo lah mukadimah panjang2. Sbb nak sambung entry pasal trip ke london aritu. Yang ini baru #3. Gasaklah nak tunggu sampai #keberapa. Lets lah! 

3rd day when we are in London we took a bus tour ke sekitar London. I beli tiket online kat www.bigbustour.com. Beli beberapa minggu before bertolak. Lebih murah beli online siap2 berbanding pergi sana baru nak beli. Rugi okeh. Harga boleh tgk kat website. Masukkan date yg korang nak. Harga lain2 tgk hari. Kitorang amik weekend so harga dalam gbp22 sorang. Convert duit kite dalam RM130 sorang. Actually, apa2 attraction or transport yg korang nak pergi or guna kat sana, sila lah booking online before pergi. Last minit 24hours b4 pun boleh. Jangan sekali-sekali walk-in. Kalau korang anak menteri, takpe. 

Pagi2 lepas breakfast kenyang2 kitorang pergi ke Victoria St. Jalan kaki dari our apartment. Sejukkk weh. Kat sana kite boleh pilih mana tempat yang paling dekat dgn kita untuk naik bus ni. So i sebagai penyimpan mohor utk buat ape2 booking terpaksa la study route map big bus tour ni berhari2 utk make sure tak buang masa utk cari bus stop yg terlibat bile dah sampai kat sana.
Malaysia should have this. Memang dah ada. Tapi tak cukup satu sahaja utk buat org faham kot? Patut pasang banyak2 mcm kat London. Sesuai utk org yang tak reti bahasa. Cuma kat Malaysia stand on the left. Dorang on the right. I pun kadang2 terlupa. Ekekeke.

Jalan kaki melalui Victoria Street utk ke Victoria Station. Tak rasa jauh pun sbb banyak menda yg nak tgk. Walaupun I dah awal2 tgk tmpt2 ni dalam google map sebelum sampai!

Ni lah bus nye! office dorang tu yg kaunter tu. Jenuh lah mencari mane office derang nih. Itu je office nye. Dorang Check tiket semua tak de masalah. Wife sebok deal dgn omputih tak putih sgt tu utk settle kan tiket 10 org while En. Husband posing2 okehh!

Kitorang naik blue tour pada belah pagi tu. Sbb nak jalan2 area Kensington Palace. Actually ada Blue n Red. Kalau boleh try naik dua2 tour. Blue tour cover semua attraction tapi just dengar penerangan pakai earphone je. Belah petang sempat lah my hubby n I naik Red tour yg ada tourist guide yg akan bercerita kat korang sambil2 buat lawak k. Boleh tahan lawak dorang. Hihihi.

Ini gambar2 atas bas. Mula2 duduk lah kat open air kat belah atas..Tapi sekerat jalan jee..tak tahan weolss kesejukan. Terus turun duduk kat tkt. bawah.
Dah pusing2 dalam bas tu..kitorang pun turunlah kat Westminster.  London ni pusing2 situ jgk. To me lah. Lagi pun I kan dah google siap2. Heheh.  Turun kat Big Ben utk amik gambar n isi perut dn bekalan yang kitorang bawak siap2 dari apartment. Jimat n takyah pusing2 nak carik makanan halal yg mahal. 


The London Parliament a.k.a Big Ben
Me with my familia ;-)
Ini atas cruise yg kitorang dapat free beli BigBusTour Ticket. Cruise ni melalui Thame River. Dah dapat free kan rugi la tak naik. Yg belakang itu adalah Tower Bridge. Not London Bridge.

Gambar2 kat atas tu semua di ambil dari atas cruise. Itu dia Londn Bridge. Gambar dari bawah bridge. Dua yg bawah tu..muka org kenyang. Hehe.
Sorry gambar a bit blur. Tapi suka sgt pokok2 n dedaunan kat sana!
We olls turun jap dari cruise n pergi ke tempat ini utk discover greenwich. Tapi nak kejar cruise patah balik, jalan2 kejap je. Pastu chow.
Best jee..boleh sewa beskal gini.

Tower of London. Nak masuk pun boleh tapi kene bayar. Ktorang mmg taknak masuk. So tatau harganye. Nak beli dari company BigBusTour pun boleh.

Antara motip utama my husband n I nak dtg London iaitu En. Husben teringin sgt nak nak cari the exact spot tempat my MIL n FIL bergambar 30 tahun dahulu which is En. Husben time tu tengah dalam perut Ummi nye! Time ni ummi tgh pregnant kan my husben about 6-7 month! punye lah dia suka bile dah berjaya amik gambar ni..Task ni mmg kitorang dah plan since dari KL lagi.  Siap2 bawak gambar.  Actually ada satu lagi task..nanti i post kat entry lain ye. Hah ini lah gambar nye!

Gigih wehhhh nak posing tukar2 spot tgh musim2 sejuk nihhhhhh! Tapi berbaloi! En. Husben suka! Ummi suka! :D
ok la nanti kita cerita lagi. Till then..

P.s : Jangan lupa click gambar utk tumbeseran yang lebih sihat! :D
Daisypath Anniversary tickers