Nuffnang Adds

Thursday, August 14, 2014

Short vacay to Kuching, Sarawak

Assalamualaikum..

Its been a while since the last post. I've been through the same routine every single day! so nothing much to jot down actually..

TAPI..nak jugak tulis something!! selamat hari raya ke-17!! haha tibe2 terus entry wish selamat hari raya..ntah ape2 ntah.

huishhh hari raya lepas kawen, since dah 3 tahun beraya as a wife..mmg hectic sgt2! tak bernafas rasanya..Bile laaaa nak next trip ye. 

Oh tapi aritu ade pergi kuching. 1st time sampai kuching. Excited la jugak. Belajar sumpit, makan laksa sarawak n naik penambang. Itu lah yg paling diingati saat ini. Nah gambar.


Trip ke Kampung Budaya, Santubong..Last sekali tgk persembahan budaya Sarawak. Jmp plak emma maembong. ek? Kampung budaya best! Seronok tgk budaya yg mcm2 kat Sarawak n macam2 jenis rumah mengikut suku kaum diorang :)

Ini paling win..!Laksa Sarawak. Tak puas rasanye makan. Ada 2 tempat kat kuching yang dah dikenalpasti kesedapannya. hihi. Haish rindulaa..

Ini lah penambangnye.  Takyah pakai life jacket pon..kejap je seberang sungai. 50 sen seorang. Ktorang stay kat Harbour view hotel. Dekat je dgn sungai ni, pastu naik penambang beli kek lapis.

Ini lah jgk aktiviti ktorang berhari2. Borong kek Sarawak. Sedap jgk. Tapi kan selalu makan yg org beli dari Sarawak tak sedap sgt pulak. Pelik. Kek Sarawak dari Mira Cake House highly recommended. Sedap2! boleh makan tester kenyang2 dulu, then baru beli. hikhik

Ok ni gambar wajib kat tugu Sarawak. Tugu eh? hehe..dah last nak balik nih. Pipi pau tu sbb banyak sgt makan kek Sarawak kot?? sila abaikan.


Ok, Till then..bai!


Thursday, March 27, 2014

Disneyland Parissssss!!

Assalamualaikum..!!


Ampunlaaa lama simpan entry ni tak publish2. Malas sungguh nak edit gambo.

Btw nampak tak excited nye bile type tajuk post???

Sebenarnye yang paling excited mestilah En. Husben. Katanye dari kecik teringin nak ke Disneyland! Siap pakai satu set snow cap muffler mickey mouse segala..ha nampak tak? nampak tak? siapa yg excited terlebih? Haha.

Perjalanan dari Station Train berdekatan hotel ke Marne La-Vallee - Chessy jauh jgk lah..dalam 40 mins kot by train. Kire Disneyland ni hujung2 Paris gitu. Train dia 2 tingkat. Nak explain pasal tukar2 train susah sikit la..tapi kalau kat sana, Insyaallah senang je faham.. 

Dengan berbekalkan nasi goreng sardin dan sandwich berserta air mineral, semangat sungguh weolls berjalan menuju pintu Disneyland..


We are on our way to Disneylanddddd..!! by train.

Ini tiket masuk disneyland. Nanti kat pintu masuk dia akan check sorang2 the dia cop tgn stp sorang. Tiket ni dibeli online time kat KL. Time ni tgh promotion..50gbp sorang for 2 parks sempena 20th anniversary Disneyland..kalau harga biasa dalam 72gbp. Selamat I sempat grab!!

Pintu masuk Disneyland Paris. Cuaca time nih..mak aihhhhh! sojuk!
Ha..nampak tak tahap kesejukan melampau di situ?? dah la mata ibarat mata panda. haha.

Ok kite cite dgn gambar la eyh...


Me n En. Husben. Jauh jgklah nak menapak sampai ke castle.


Gambar dgn pokok kaler merah ni wajib amik. Kat Mesia takde nih. Ade pon merah sbb terbakor. hihihi.


Show by Disney characters. Cute!


Haih bile nak sampai niiii...haha

Haaa sampai ponnn. Terusss "u cepat amik gambar I !!" haha

Againnnnn...!
En. Husben yg terpaksa redha layan bini naik marry go round! haha


Ini kena paksa amik gambar. Sebab katanye I kan keturunan jawa! isk.


My parents agak kepenatan berjalan. Nak naik roller coaster tak berani. Tunggu je la anak2 men roller coaster.
Ini 2nd park yang included dalam tiket. Ini mesti masuk tau..! for us, walt disney park ni lagi best. Kena dgn jiwa kami yg agak dah tergolong dalam kategori remaja tua.


Masuk2 je  nampak la The Hollywood Tower Hotel ni. Actually ini bukan hotel tau. Ini kategori permainan yang tak berapa sesuai dgn remaja tua mcm weolls. Memula tgk lif naik sampai atas..laju. Lepas tu tetibe mcm tali lif terputus..terlepas lif tu ke bawah. Nganga jap. Tgk pun leh sakit jantung. Apatah lagi nak naik ye dak??


En. Husben mmg suka walt disney..banyak gile cd2 cartoon dia. Ini antara character yg dia suka. Remy from Ratatouille. Ade pulak baby comel kat situ :)
Ini paling dia suka..Mike Wazowski uollsss...! haha


I pong sukewwww...! :D


Us a.k.a Remaja Tua (T_T)


Indoor..Ini kebanyakkan nye tempat makan n jual souvenir. Beli la sikit souvenir fridge magnet Disneyland Paris utk diri sendiri. Time ni la ktorang makan segala bekalan nasik goreng n sandwich. Halal lagi jimat.



Time ni dah start nak gelap n hujan renyai. Musim sejuk, siang nye pendek. Nak tunggu sampai fireworks show mmg tak larat la..so, weolls nak gerak ke La Vallee Village. By train. Station untuk La Vallee Village ni ialah station before Marne La Vallee - Chessy. Turun dari train, jalan kaki..meredahi shopping mall, barulahhh jmp La Vallee Village. Jauh jgk lah.


Ini lah La Vallee Village. Macam factory outlet Bicester Village kat London. Tapi kat sini ade brand yang takde kat Bicester. Since duit Euro tak banyak sgt tukar, xde shopping ape pun kat sini..I beli kuali tefal yg paling kecik utk goreng telur or buat pancake je utk souvenir kawan2 rapat. Harga kuali tu 4.99euro. Bersamaan dgn RM20 duit kita..Bile check kat KL harga dia RM49.90 satu! Rugi tak beli banyak2.


Nak share pasal makanan yg ktorang dok makan time kat paris..turkish kebab n churros. Ada la jgk time ktorang tak larat nak masak kan..so singgah je kedai kebab yg dekat dgn hotel. Mmg puas hatilah..! satu set 6.50euro. Churros tu pulak 5euro. Adehhh..lapar pulak.


This is the next day. Our last day in paris n last pic for this entry. Au revoir paghiiii...!!

Sampai KL tgh hari ahad..kunun nye nak balik awal sehari dari parents sbb nak kerja on monday..Tapi nya..!! kitorang jet lagged..tak sedar pon pagi tu..!! arrrggghhhh. Hahaha. Tapi takpe lah. Good experience. 

Maka dengan ini diisytiharkan tamat lah cerita trip London & Paris. Xde hutang lagi ek??

Nanti kita cite2 lagi  ape yg patut k. 

Till then..bai!

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370 & Paris Part One!

Assalamualaikum Semua..!

Literally, I'm a bit moody today..seriously. Rasa macam tak puas duduk rumah Saturday n Sunday. How I wish I can be a full time housewife! Tapi nanti kang guane nak kumpul duit nak support jenis org yang ade tahi lalat di kaki nih!! hehe..

Btw, perkara yang buat lebih tak senang duduk adalah dok teringat pasal MH370. Yes, memang ajal maut jodoh rezeki di tangan Allah s.w.t. Tapi sesama manusia siapa yang tak sedih kan. So..please..please..keep on praying for MH370 and passengers in it everyone. Tak salah if we give a hope. Allah Maha Kuasa.

Trip ke Paris belum cite lagi kan? Dari London naik easyjet ke Paris..Meh kite cite..

Sampai Paris we all naik van yg di chartered from airport ke Hotel. Driver dia org Tunissia. So boleh la communicate simple English. Senang sikit. If tak silap kitorang bayar dalam 180 euro utk 2 van. Dah tak pikir sgt time ni..janji sampai hotel. Tak larat dah.  Ktorang stay kat Mercure Hotel. Pronounce - Mar-kieee.  Pusing2 carik hotel susah jgk.  Hanya disebabkan cara pronounce nama hotel tu..driver tu tak paham!  mcm ayam dgn itik bercakap dgn org Tunisia tu. Sbb dia mmg cakap France manjang..Rupe2 org france sebut Mercure = Mar-kieee. Fuhhh! Macam nak lempang je.

Hotel mmg selesa..ktorang amik apartment jgk. So boleh masak2. Stok makanan dah simpan siap2 utk 3 hari di Paris. Bilik pun dapat bilik sendiri. Lupa nak snap. Tapi interior boleh tahan cantik jgk. Sudah semestinye tak pakai aircond..pakai heater adelah..sbb sejukkkk! Booking hotel through Booking.com.   Ok jom layan gambo meh..

Dah start balut2 dah..Grrrrrr!
Day 1 - Gambar depan hotel n the nearest metro from our hotel. Kat Paris pun I dah google siap2 jalan2 area hotel. So, takyah dah tanye2 org or tgk peta. Terussss je jalan. En. Husben standard la dgn ayat dia ''Oh i lupa..u dah pernah datang sini kan..?" haha perli la tu :p
Pic dalam dan luar metro..orang kata hati2 dgn pick pocket kat paris..tapi sepanjang kat sana rasa selamat jeee..jalan2 mcm kat M'sia tanpa rasa takut. Serius.
Our very first destination..kalau pi paris tak pi Eiffel tower tak sah wehhh..macam tak caye!! keluar je dari station train, naik tangga, toleh kiri..haa tu eiffel tower. Lupa la turun kat station mane. Time beli tiket tu, tanya je org kat counter..sebut eiffel tower.
fefeeling Cinta Jangan Pergi Sangatttttt! haha
Us with familia :)
Dari atas tadi..jalan ke bawah untuk naik bas..ktorang amik pakej big bus tour jgk kat paris..company yang sama..cuma rupa bas lain dari yg kat London.
Gambar 18Sxxxxxxx...!!
We all atas bas..sejukkk wehhh..


Paris cantikkk sgt. tgk gambar rumput pun nak amik tau..haha kat paris lagi banyak amik gambar dari kat London..bangunan dia semua cantik2 n unik. kat belakang En. Husben tu Notre Dame. 

Musee du louvre..time ni dah petang..sejuk sgt. Maybe dalam 3 degrees. Parents dah nak naik bas sgt dah..tak tahan sejuk. Dalam tu lah katenye muzium yg ada potret monalisa.
Belakang tu lah bangunan untuk enter Musee Du Louvre
The Famous Arch de Triomphe. Di tengah2 roundabout.
Kitorang masuk jap dalam La Fayette. Shopping mall.  Tempat famous org shopping kat Paris. Memang murah. En. Husben nak begambar dgn sales girl Longchamp tu..Lawa katenye nye..celah mane ek?? haha
The Pont Des Arts - Paris Love Lock Bridge. Memula nak verangan jadi Kourtney Kardashian..Tapi tak menjadi. hehe..Gile banyak mangga kat sini! Takut roboh jee..Jambatan ni dah penuh dah lock nye..Jadi jambatan lain pulak dah mula jadi mangsa. Oh kat paris banyak jambatan. macam kat melaka. eh tibe2.
Cantik kan..?? ade baaaanyak lagi gambar kat paris..tapi tak terlarat nak upload semua..hihi
Ini dia bas nye..tiket dia dalam 30euro..tak termasuk cruise ticket. Kalau kat london beli tiket bas free cruise.
Eiffel at night! Cantik sgtttt! Then ktorang naik jgk cruise. Sbb dah beli siap2 kan..rugi lah kalau tak naik. Patut lah kene bayar cruise kat paris ni..mmg cantik! nasib baik naik walopon dah penat gils.
Last kopek gambar dapat amik atas cruise..battery phone n camera dah abis!! arghh rugi2!
Ok nanti kite cite lagi ye..Lps ni cite pasal trip ke Disneyland paris pulak..Till then..
bai!



Wednesday, February 19, 2014

Last entry for London Trip #5

Assalamualaikum!

Hari ni terpanggil untuk update entry baru sbb semalam time otw ke bank di KLCC terserempak dgn tourist yg sebok tgk peta cari arah nak ke Bukit Bintang.  Before ni, kalau nampak tourist buat bodo jeeee. Tolong pun bile dorang tanya. Tapi semalam I yg offer dorang utk tolong. Puas jgk lah explain panjang lebar tunjuk arah. 

Why?? Sebabbbbbb bile kat London, tak payah kita tanye..mmg biasanya dorang yang offer diri untuk tolong. Kalau tgk kite pas2 baton utk amik gambo, tetibe je ade yg datang offer utk amik kan gambar. Ayat 'Can I help u' memangggg biasalah lah kat sana. Bila kat M'sia jaraaaang buat gitu. Malu aiii. So azam baru I bile balik M'sia, mesti offer pertolongan kpd tourist2 yg rasa2 nye tercarik2 arah tatau nak ikut arah mana. Wajibbbbbulghunnah! uolls pun k? buktikan yang rakyat Malaysia suka menolong dan berbudi bahasa k! Ngeh2 ;p

Btw, hari ni dah alang2 bukak blog, nak abiskan entry cite pasal London. Bannnnyak yang nak di share kat blog ni tapi tak cukup2 masa! Takpe la pelan2 kayuh ye tak? janji sampai.  Ok, jom start cite..

The Next day kitorang ke Madame Tussauds.  Tiket MT ni dah dibeli awal time kat KL lagi. Beli online dapat GBP22.50 sorang. Kalau beli walk-in GBP30. Banyak beza tu weh..Convert kali 5 k. Naik train turun kat Baker Street. MT dekat je dgn underground Baker Street. Jalan kaki dalam 20 tapak dah sampai. 

Underground Baker Street. Naik tangga belakang tu toleh kiri terus nampak bumbung hijau Madame Tussauds.
Iolls wajib la kan amik gambor dgn hero pujaan SRK, Edward Cullens n Jacobbbbbb! tgk tu siap peluk pinggang Edward lagik. kehkeh.  Dorang yang tinggi sangat or I yang katek??

En. Husben nak jugekkkk. Ala2 buat show gitu kan.

Disebabkan tak larat nak angkat kamera amik gambor sorang2 celebriti kat Madame Tussaud ni, amik je mane yang kenan. Victoria Beckham santek sgt!
Dah lama dah teringin nak pergi MT..akhirnya dapat jgk. Dgr nye kat Shah Alam pun dah ada. Tapi tak sure sgt. Secara jujurnya masuk MT ni a bit scaryyyy larrrr..sbb patung2 tu sejibik n macam orang betul. Asik imagine je tah2 malam2 semua ni hidup kottt..kahkah. Last sekali ade 4D show watak2 dalam avengers.  Yang ini free termasuk sekali dalam harga tiket. So layankan lah. 4D Show dia sama dgn Trans Studio Bandung yang kitorang pergi in 2012. Tapi 4D Show Trans Studio Bandung much better coz kerusi dia gerak2 lagi n effect nye lebih up to date drpd yg kat MT London. Eh nanti ada masa kite cite pasal Bandung. Dah 3 kali pergi, tapi tak pernah update entry pasal Bandung. Hehehe.

Bile musim sejuk autumn-winter, mmg waktu siang lebih pendek dari waktu malam. Agak rugi lah di situ..nak jalan malam2 kdg2 tak tahan sebab sejukkkkk sgt! Asyik fikir nak sampai apartment cepat je. Time keluar dari MT tu kul 4pm dah maghrib dah. Tapi I ada misi yang harus diselesaikan jugak pada hari yang sama. Gigih la ke Argos ni utk beli kuali Tefal n Actifry! Time ni baru kul 5 or 6. Tapi dah gelap mcm kul 8 malam. Argos ada banyak cawangan. I pergi yang dekat dgn apartment. Jarak satu Station je. Turun kat Victoria Station pastu jalan kaki sikit dalam 25 tapak sampai la. 
Argos. Sebok mikior nak beli set yang mana.
Kekdah pembelian dia gitu la. Kene pergi kat pc yang disediakan. Ada beberapa pc kat situ dan disertakan katalog. Kalau tamo tgk katalog, search je barang yang diidamkan. Macam2 ada. Segala mesin barang elektrik mainan barang kemas cadar semua lah. Tefal kat sana mmg murah berganda2. Actifry pulak takdak lagi kat M'sia. Actifry ni mcm airfryer. Kalau nak goreng ayam, masukkan satu sudu minyak je..Tapi garing mcm deepfry! Boleh masak mcm2 lagi. Selalu baca blog M'sian yang tinggal di oversea pakai actifry ni..I apa lagik..terussss rembat satu. Ada pun kat S'pore. Tapi..beza harga S'pore dgn London pun RM5++. Apatah lagi bile product ni masuk M'sia.  Bile dah jumpa barang yg di hajati, tulis kat kertas yg disediakan then pergi ke kaunter panjang n serahkan kertas yg dah tulis kod siap2. Mcm kat ikea jgk la kot. Pastu ada lift yg akan naikan barang nanti dorang akan panggil nama n check la condition barang before bayar. I beli satu set kuali/periuk tefal, actifry cap tefal jgk n pressure cooker. En. Husben beli monopoly (tibe2 je kan).  

Dah kene jinjing barang banyak2 tu takkan nak naik train jgk kan..Teksi la gamaknye. Bukak pintu je dah GBP5. Nasib baik dekat. Dalam 10 min ke apartment. Tapi bile fikir balik tambang teksi GBP9 kali dgn 5..uwaaaaaa! kan dah kate jangan convert!!

Last day kat London kitorang decided utk ke Emirates Stadium. Saja jalan2. En. Husben nak tgk stadium katenye..Nak kata minat bola..tak jugak. Kehkeh. Jauh jugak lah dari St. James Station ke Arsenal St. Tapi satu train je. Cuma makan masa around 40-45 mins. Then jalan kaki ke stadium dalam 10 mins. 

Gaya perlu ada k. Hehehe.
My mom and I duduk kat tempat player Arsenal bergambor. Gambar bawah pulak ialah kedai jual barangan Arsenal..Jersey, but bola etc. I tak masuk pun. Tak minat.
Stadium ni besar sgt. Di fahamkan Stadium ni di antara Stadium bola yang hi-tech (sumber tak ingat dari mana. BIL yang jadi coach bola sepak tu kot yg cakap). Macam hotel pun ada uolls!
Dah tu sambung lagi berjalan ke Oxford Street pulak. Oxford Street mmg ramaiiiiii giler org! Bile beli Travel card yang GBP7 utk sehari, boleh jugak naik bas ke mana sahaja keliling London. So kitorang pilih untuk naik bas. Nampak sikit doniaaaa.

Baru sampai Oxford Street.
Primark yang terkenal sgt di kalangan orang M'sia. Boleh tahan murah. Tapi I tak berapa kenan sbb baju2 nye sebab semua jarang2 u..tak seswai.
The Hustle n Bustle - Oxford Street

Kedai kat atas ni dijumpai di Bayswater. Untuk beli souvenir mmg wajib beli di Bayswater. Kedai makanan halal pun banyak. Tapi bukan kedai ni yang I beli semua souvenir..kene rajin jalan. I agak bernasib baik sbb jmp student M'sia kat sana..dia bawak kan pi kedai yg mmg sgt2 murah! 25 keychain GBP10! Kalau dari underground Bayswater, jalan ke kiri..kedai tu dekat2 jgk dgn underground. Last day baru sempat ke Bayswater..mmg tak puas! Pastu dah kene balik sbb nak packing..esok pagi2 dah nak gerak ke Paris pulak.

Pagi esoknya, dah siap punggah semua beg. Yang kotak biru besar tu barang2 yang I beli kat Argos. Sampai ke sudah mmg tak jumpa owner apartment. Settle keluarkan semua barang, tutup je pintu then blah. hehehe.
Kitorang naik cab ke Victoria Bus Station untuk naik Coach ke Luton Airport. Tiket Coach n Easyjet pun sudah di beli siap2 kat time kat M'sia. Harga sorang dalam GBP9 kot. Perjalanan ke Luton Airport dari Victoria dalam satu jam. Semua org sambung lena dalam bas. Kitorang naik easyjet. Lebih kurang la mcm airasia. Flight ni cover europe. Kalau tamo naik train boleh naik easyjet. Tapi leceh sikit la kalau ade luggage banyak. Kene bayar. Kene beli beg mcm airasia tu. Jangan lupa beli luggage kalau nak naikeasyjet sbb satu beg dia charge GBP30! Kalau train, banyak mcm mane pun luggage tak kesah nak angkut naik.

Cikgu Salbiah. Sonok jalan2 lepas pencen. Bye2 London, till we meet again.

Haaaa...panjang lebar tak entry? Ini namanye entry balas dendam. Kahkah.
Lepas ni nak tulis pasal Paris pulak. Semak kang semua nak sumbat dalam satu entry..hehe.

Nanti kite cite lagi..Tata!