Nuffnang Adds

Thursday, March 27, 2014

Disneyland Parissssss!!

Assalamualaikum..!!


Ampunlaaa lama simpan entry ni tak publish2. Malas sungguh nak edit gambo.

Btw nampak tak excited nye bile type tajuk post???

Sebenarnye yang paling excited mestilah En. Husben. Katanye dari kecik teringin nak ke Disneyland! Siap pakai satu set snow cap muffler mickey mouse segala..ha nampak tak? nampak tak? siapa yg excited terlebih? Haha.

Perjalanan dari Station Train berdekatan hotel ke Marne La-Vallee - Chessy jauh jgk lah..dalam 40 mins kot by train. Kire Disneyland ni hujung2 Paris gitu. Train dia 2 tingkat. Nak explain pasal tukar2 train susah sikit la..tapi kalau kat sana, Insyaallah senang je faham.. 

Dengan berbekalkan nasi goreng sardin dan sandwich berserta air mineral, semangat sungguh weolls berjalan menuju pintu Disneyland..


We are on our way to Disneylanddddd..!! by train.

Ini tiket masuk disneyland. Nanti kat pintu masuk dia akan check sorang2 the dia cop tgn stp sorang. Tiket ni dibeli online time kat KL. Time ni tgh promotion..50gbp sorang for 2 parks sempena 20th anniversary Disneyland..kalau harga biasa dalam 72gbp. Selamat I sempat grab!!

Pintu masuk Disneyland Paris. Cuaca time nih..mak aihhhhh! sojuk!
Ha..nampak tak tahap kesejukan melampau di situ?? dah la mata ibarat mata panda. haha.

Ok kite cite dgn gambar la eyh...


Me n En. Husben. Jauh jgklah nak menapak sampai ke castle.


Gambar dgn pokok kaler merah ni wajib amik. Kat Mesia takde nih. Ade pon merah sbb terbakor. hihihi.


Show by Disney characters. Cute!


Haih bile nak sampai niiii...haha

Haaa sampai ponnn. Terusss "u cepat amik gambar I !!" haha

Againnnnn...!
En. Husben yg terpaksa redha layan bini naik marry go round! haha


Ini kena paksa amik gambar. Sebab katanye I kan keturunan jawa! isk.


My parents agak kepenatan berjalan. Nak naik roller coaster tak berani. Tunggu je la anak2 men roller coaster.
Ini 2nd park yang included dalam tiket. Ini mesti masuk tau..! for us, walt disney park ni lagi best. Kena dgn jiwa kami yg agak dah tergolong dalam kategori remaja tua.


Masuk2 je  nampak la The Hollywood Tower Hotel ni. Actually ini bukan hotel tau. Ini kategori permainan yang tak berapa sesuai dgn remaja tua mcm weolls. Memula tgk lif naik sampai atas..laju. Lepas tu tetibe mcm tali lif terputus..terlepas lif tu ke bawah. Nganga jap. Tgk pun leh sakit jantung. Apatah lagi nak naik ye dak??


En. Husben mmg suka walt disney..banyak gile cd2 cartoon dia. Ini antara character yg dia suka. Remy from Ratatouille. Ade pulak baby comel kat situ :)
Ini paling dia suka..Mike Wazowski uollsss...! haha


I pong sukewwww...! :D


Us a.k.a Remaja Tua (T_T)


Indoor..Ini kebanyakkan nye tempat makan n jual souvenir. Beli la sikit souvenir fridge magnet Disneyland Paris utk diri sendiri. Time ni la ktorang makan segala bekalan nasik goreng n sandwich. Halal lagi jimat.



Time ni dah start nak gelap n hujan renyai. Musim sejuk, siang nye pendek. Nak tunggu sampai fireworks show mmg tak larat la..so, weolls nak gerak ke La Vallee Village. By train. Station untuk La Vallee Village ni ialah station before Marne La Vallee - Chessy. Turun dari train, jalan kaki..meredahi shopping mall, barulahhh jmp La Vallee Village. Jauh jgk lah.


Ini lah La Vallee Village. Macam factory outlet Bicester Village kat London. Tapi kat sini ade brand yang takde kat Bicester. Since duit Euro tak banyak sgt tukar, xde shopping ape pun kat sini..I beli kuali tefal yg paling kecik utk goreng telur or buat pancake je utk souvenir kawan2 rapat. Harga kuali tu 4.99euro. Bersamaan dgn RM20 duit kita..Bile check kat KL harga dia RM49.90 satu! Rugi tak beli banyak2.


Nak share pasal makanan yg ktorang dok makan time kat paris..turkish kebab n churros. Ada la jgk time ktorang tak larat nak masak kan..so singgah je kedai kebab yg dekat dgn hotel. Mmg puas hatilah..! satu set 6.50euro. Churros tu pulak 5euro. Adehhh..lapar pulak.


This is the next day. Our last day in paris n last pic for this entry. Au revoir paghiiii...!!

Sampai KL tgh hari ahad..kunun nye nak balik awal sehari dari parents sbb nak kerja on monday..Tapi nya..!! kitorang jet lagged..tak sedar pon pagi tu..!! arrrggghhhh. Hahaha. Tapi takpe lah. Good experience. 

Maka dengan ini diisytiharkan tamat lah cerita trip London & Paris. Xde hutang lagi ek??

Nanti kita cite2 lagi  ape yg patut k. 

Till then..bai!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers