Nuffnang Adds

Wednesday, August 25, 2010

Selamat tinggal saudara2 ku di dunia..

Kebetulan Kubur P. Ramlee terletak di belakang office aku..Then, Semalam dan hari ini pada waktu yang sama, 2 kereta jenazah masuk ke perkarangan perkuburan..MasyaAllah..Allahuakbar..daripada tanah kita dihidupkan, kepada tanah juga kita dikembalikan...Innalilahiwainnalilahirojiun'....Al-fatihah!

Friday, August 20, 2010

Bantu Suami utk Beristeri Lagi..


Artikel ini diambil dari ruangan Nurani Lelaki di Utusan Malaysia suatu ketika dahulu..silakan bacanya :

Apakah yang selalu diharapkan oleh seorang lelaki kepada sang isteri apabila mengetahui suaminya sedang menjalin cinta dengan wanita lain?

Harapan lelaki memang besar, mungkin sebesar ego mereka sendiri.  Kalau harapan ini dapat dilakukan oleh isteri, payung emaslah ganjarannya.  Harapan ini berdasarkan kepada rintihan dan pengalaman lelaki ini yang sedang bergelut dalam suasana itu :

  • Tidak naik pitam.  Walaupun pedih tetapi menghadapinya dengan penuh ketenangan.  Tidak melempar-lempar barang kerana ia tidak membantu memulihkan keadaan.  Kalau mahu menangis, menangislah.  Tetapi keesokan harinya hadapi suami dan berbincanglah dengan baik.

  • Muhasabah diri.  Walaupun pedih tanya kepada suami apa kekurangan diri dan dengan lapang dada bersedia pula untuk berubah.  Tentu ada sebab suami jatuh cinta dengan perempuan lain.

  • Ambil langkah ke depan.  Perang rumah tangga tidak menguntungkan sesiapa dan selalunya tidak memihak kepada isteri.  Alangkah senangnya dalam hati andai isteri sendiri tawarkan diri dimadu jika suami sudah tekad mahu berkahwin lagi.

  • Seterusnya, bantu suami dalam proses untuk berkahwin lagi.  Ah! Akan luluhlah hati lelaki jika isteri bersikap demikian.  Anda akan menjadi perempuan paling disayang.

Tetapi realitinya, apa yang diharapkan oleh lelaki ini yang dari segi material serba mencukup, jarang berlaku.  Yang selalu berlaku perang besar dan berakhir dengan penceraian.  Kalau tidak pun suami mengambil langkah awal, berkahwin senyap-senyap.  Kuasa putus di tangan mereka.  Perceraian mengundang lebih banyak masalah.  Itu bukan harapan seorang lelaki matang. 

sanggupkah?? haha..tetapi kalau telah tertulis di loh mahfuz bagaimana??
 

Nota : 

bile aku post artikel ini, adakah bermaksud aku rela dimadukan suatu hari nti?? wuallahualam~


Thursday, August 19, 2010

Sorang Makcik Bertelekung..

Bertemu kembali~

Al-kisah sorang makcik bertelekung usai solat maghrib berjemaah di Masjid K**C di Ibu Negara.. Sementara menunggu azan Isyak berkumandang..kedengaran anak kecil menangis (mmg agak kuat) tibe2 makcik bertelekung itu bersuara (agak kuat..bkn.., sgt kuat) "eii..sapa yg ade anak kecik tu, anak nanges, balik je lahhhh...eiii..anak nanges balik je...!" jemaah  lain yg sdg bertahmid, tilawah, dsbnya terkulat-kulat terkezut..sambung makcik bertelekung itu sedikit kendur suaranya "org pompuan pulak yg kene dtg masjid bwk anak, lelaki (jemaah lelaki) kat atas senang-lenang" berkata pula makcik bertelekung itu kepada makcik2 bertelekung lain yang seangkatan dengannya..

Even ruangan jemaah wanita di masjid itu adalah tertutup, tetapi, ianya tetap Rumah Allah..maka, hormatlah rumah Allah walau macam mana sekalipun! teringat pulak insiden di Masjid PuJ tempoh hari..insiden hampir sama..so, nasihat pd diri sendiri terutamanya..walau aku sedikit terganggu dgn tangisan itu..tegurlah dgn sopan..mungkin itu adalah sedikit daripada dugaanNya..Insyaallah..

Sesungguhnya...

solatku, 
ibadahku, 
hidupku, 
dan matiku, 
hanya untuk-Mu Ya Allah..

Ahlan Wa Sahlan~

Wednesday, August 18, 2010

Penangan KCB..Mas Arsyil..hoho..

Salam bersiaran!

Disebabkan penangan Sinetron KCB spesial ramadhan yg aku nonton skang nih, aku sudah dpt nama untuk anak lelaki aku nanti..haha..insyaallah..namanya :

Arsyil Furqan..Aminnnnnn...nama tu aku amik sempena nama betul mamat tu n furqan adalah nama watak yg dibawa..ha ni lah mamat yg buat aku btul2 jadik kreatip pilih nama anak nih..harap maklum, nama ini tidak boleh diciplak oleh siapa pon! sbb aku dah cop! (walopon tak tau kawennye bile?? huhu)


moga2 anak aku nanti jadik mcm die dlm sinetron KCB tu..mcm kat luar KCB pun ok gak..cakep bangat! haha..Insyaallah..

Sekian sahaja berita untuk dikongsi!



Tuesday, August 17, 2010

Spesial Ramadhan..

Ramadhan kali ini, ketika umurku menginjak 24 tahun..pertama kali aku berpuasa sendiri..means, aku bangun sahur sorang, berbuka sorang..tarawih sorang2 jgk kat rumah (yelah..takkan kot nak pegi ke surau/masjid tanpa mahram yang menemankan..kawan yg satu-satunye dkt dgn aku pulak tga "off-day"..hehe) So, pengalaman Ramadhan kali ni mmg aku takkan lupa! aku rasa sgt bertuah, krn bila kesorangan..aku rs semakin dekat dengan Dia..Ya Allah..sekiranya Kau menganugerahkan aku seorang pendamping satu hari nanti, jadikanlah pendampingku itu seseorang yang membantu aku supaya lebih dekat dengan Mu..dan janganlah Engkau membuatkan aku lebih mencintainya lebih daripada mencintai Mu Ya Allah..Amin...

Ha! tajuk post aku ni kan Spesial Ramadhan..smpena KCB Spesial Ramadhan yang aku tengah follow skang nih..mcm dah eddicted dah dgn sinetron yg satu ini! tp lum tayang lagik kat Mesia (aku tonton yg di donlod n youtube..ehe)..maybe tahun dpn kot..mmg ptt pon ditayangkan di Ramadhan ini..cuz dakwah dlm sinetron itu tak henti2..walaupon adat yang terkandung berbeda dikit dari adat di Malaysia, tp nontonnya tetap enak sih! (tibeeee ter'speaking' ala2 KCB plak..heee) but, seriously! sangat bagus dan membuka minda..Insyaallah..

Alhamdulilah jugak, Ramadhan kali ni banyak rezeki2 utk berbuka puasa..ada saja offer berbuka di mana2..tp tulah..cuma, aku kurang gemar skit..cuz, pada aku..kalau nk makan sakan..kat bulan2 lain kte dah belasah dah..so why not, only for this month of mubarak..kte kurangkan sikit makannya..baru tak ngantuk utk solat..(ceh semalam aku frust sbb terlalu ngantuk..mkn nasik n lauk bnyk sgt..sbb takut bazir plak nasik yg org bg tu..so, mkn smpai ngantok..haih!) - kalau boleh, nk makan kurma n susu je utk sahur n buka..kalau boleh laaaaa..haha!

okay, thats all for now..aja2 fighting!

Saturday, August 14, 2010

Bismillahirahmanirahim...1st time Update Belog..

Assalamualaikum..

Selalunya aku baca blog org..rajin membaca blog..bnyk jugaklah blog2 kegemaran aku..menjadi follower tanpa meninggalkan kesan pon..ehe..esp bace blog kwn2 ku yg gilos itew..syira's step n journey n makcik intan punye belog..punyalah saya suka!!!! << mcm ayat makcik intan..hehe.  Selain itew aku selalu gak baca blog bro Hamka - KeretaMayat.. << punyalah saya suka jugakkkk! haha..

owh..kte blum masuk lagi ke objektif mengapa aku tibe2 terbukak ati nak adew blog..spttnye terpanggil untuk berubah untuk menjadi muslimah sejati, tp terpanggil pulak utk wat blog.  Ini disebabkan aku sgt bosssannn! kt office xde keje, asik menunggu keje n tggu keje aku disemak oleh org atasan yang xde masa langsung nk semak.  Buat SEMAK kepala otak jew..so aku pon amik keputusan utk update blog.  Cuz aku tak tau nk ckp kat sape weh yg sbnr2 nye aku sgt risau ble xde keje!!! aiggooooo!

So, sempena Ramadhan pada 2010 aku akan memulakan journey aku dgn blog ini! (bagi mengelak bercakap yg bukan2 dan bersangka yg bukan2, baik menulis je kan!) smg nanti bile anak2 aku baca blog aku nih, dorang kenal sape aku..org lain tak bace pon takpe! Sekian!