Nuffnang Adds

Friday, August 20, 2010

Bantu Suami utk Beristeri Lagi..


Artikel ini diambil dari ruangan Nurani Lelaki di Utusan Malaysia suatu ketika dahulu..silakan bacanya :

Apakah yang selalu diharapkan oleh seorang lelaki kepada sang isteri apabila mengetahui suaminya sedang menjalin cinta dengan wanita lain?

Harapan lelaki memang besar, mungkin sebesar ego mereka sendiri.  Kalau harapan ini dapat dilakukan oleh isteri, payung emaslah ganjarannya.  Harapan ini berdasarkan kepada rintihan dan pengalaman lelaki ini yang sedang bergelut dalam suasana itu :

  • Tidak naik pitam.  Walaupun pedih tetapi menghadapinya dengan penuh ketenangan.  Tidak melempar-lempar barang kerana ia tidak membantu memulihkan keadaan.  Kalau mahu menangis, menangislah.  Tetapi keesokan harinya hadapi suami dan berbincanglah dengan baik.

  • Muhasabah diri.  Walaupun pedih tanya kepada suami apa kekurangan diri dan dengan lapang dada bersedia pula untuk berubah.  Tentu ada sebab suami jatuh cinta dengan perempuan lain.

  • Ambil langkah ke depan.  Perang rumah tangga tidak menguntungkan sesiapa dan selalunya tidak memihak kepada isteri.  Alangkah senangnya dalam hati andai isteri sendiri tawarkan diri dimadu jika suami sudah tekad mahu berkahwin lagi.

  • Seterusnya, bantu suami dalam proses untuk berkahwin lagi.  Ah! Akan luluhlah hati lelaki jika isteri bersikap demikian.  Anda akan menjadi perempuan paling disayang.

Tetapi realitinya, apa yang diharapkan oleh lelaki ini yang dari segi material serba mencukup, jarang berlaku.  Yang selalu berlaku perang besar dan berakhir dengan penceraian.  Kalau tidak pun suami mengambil langkah awal, berkahwin senyap-senyap.  Kuasa putus di tangan mereka.  Perceraian mengundang lebih banyak masalah.  Itu bukan harapan seorang lelaki matang. 

sanggupkah?? haha..tetapi kalau telah tertulis di loh mahfuz bagaimana??
 

Nota : 

bile aku post artikel ini, adakah bermaksud aku rela dimadukan suatu hari nti?? wuallahualam~


2 comments:

  1. aku tau kamu!! baru aja boifren kene kcau sket, dah takleh tido..inikan pula suami..haha

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers