Nuffnang Adds

Monday, January 9, 2017

Quick Vacay at Krabi, Thailand



Assalamualaikum!

Dah naik kepam dah post ni simpan dalam draft tak post2. Tapi I kena jugak post entry Krabi ni. Since takut lupa pasal trip ni, so kene save dalam blog syahizwa ni jugak. Walaupun dah berzaman.

Tak kira! Sebab bile boring2 I cari balik entry lama n baca balik. Pastu mula la mengenang kesah lama. hehe.

Tapi yang paling malas nya nak korek2 gambar lah..nak buat watermark lagi..adoiyaii..so kali ni takyah dah watermark2 bagai..hantam sajalah.  Ini quick gateway..sekejap je 3H2M..oklah utk Krabi.

Ini pemandu yg dihantar oleh Ananta Burin Resort..memang request for airport pick-up. Sebab malas nak pikir2 bila sampai tu..
Angsa yang setia menunggu..huhu
Pool access room, mmg dah lama teringin..dapat pun! bilik hujung pulak tu..bilik ni booking through booking.com. Kena rajin check..dapat je good bargain terus grab.

First activity..elephant trekking!! ini wajib pergi kalau ke krabi k. Kalau pergi sana, banyak je company jual package2 tour krabi ni..grab je mana2. Simple je trip Krabi ni.

Tengok anak gajah joget2 siap bergurau pakaikan topi ^_^


Ok, ini pun antara simple activity yang quite menarik kat Krabi. Tak payah risau pasal transport. Sewa je motor kat hotel, pastu boleh pusing2 sekitar ao nang tu. Cuma perlu isi minyak la.



Pakej utk tour island pulak, ktorang amik pakej yang 'Four island tour' instead of Phi Phi Island tour sbb masa pergi tu cuaca mcm tak berapa mengizinkan..so org sana suggest amik 4 island tour je yang lebih singkat masanya dan tak berapa bahaya..takut beli Phi Phi Island rugi pulak sebab lebih mahal dan jauh. Phi Phi Island lebih popular sebab ada Maya Beach yang Leonardo Dicaprio berlakon untuk filem The Beach. 

Sekali, the next day..Cuaca elok sangat2..Tapi takpelah..janji pergi jugak island hopping. 4 island included Pranang island (Ada cliff dan ada aktiviti panjant2), Tup island (boleh seberang pulau di hadapannya kalau air surut), Chicken Island (dari jauh nampak mcm ayam), Poda island (gambar i dengan husband tu..ade seketul je pulau nya..cantik bergambar..kat sini jugak dibekalkan makanan dalam polistrin setiap sorang untuk lunch).

Package tour siap makanan yang di pack, mineral water dan buah potong dalam bot. Secara keseluruhannya, pulau2 di Krabi mmg cantik dan unik. Tapi kalau untuk snorkeling dan lebih privasi, lebih prefer island tempatan di negara Malaysia tercinta ini..mcm perhentian, redang, tioman..best sgt2 kalau snorkeling. Takyah susah2 pergi oversea ^_^

 
Makanan wajib ketika di Krabi adalah pancake ini..kat Ao Nang tu, ada je jual di mana2..ini dekat je dengan hotel.  Ada jualan di sepanjang jalan tepi pantai Noppharat berdekatan dengan hotel


Ini lah antara makcik yang bertanggungjawab meniaga pancake..lupa dah ape nama makcik ni..fav iolls manggo chocolate pancake. Setiap kali time makan mesti beli. Sekian.
Ok, mari share sekali itinerary dan juga kos utk trip ke Krabi ni. Oh harga tiket flight A.Asia pun alhamdulilah dapat murah je..dalam RM100++ seorang sebab beli time promo.  Cuma harga makanan dan souvenir rasanya agak mahal/lebih kurang je sama dengan malaysia. Tapi xde ape pun nak di shopping kan.


Tentative ITINERARY KRABI, THAILAND

08.10.2014          KUL-KBV (AK 866, ETD 7:00AM, ETA 7:25AM)
     BERTOLAK DARI AIRPORT KE HOTEL (ANANTA BURIN,
     RESORT) UTK SIMPAN LUGGAGE 
     AKTIVITI (1) – ELEPHANT TREKKING (1 HOUR)
                             CHECK-IN HOTEL @ 2PM
                             CARI PACKAGE MUSLIM ISLAND HOPPING (4 ISLAND) 1 DAY 
                             TOUR
                             AKTIVITI BEBAS
                             END OF DAY 1

09.10.2014           BREAKFAST
                             ISLAND HOPPING AGENT PICK-UP @ HOTEL
                             AKTIVITI (2) ISLAND HOPPING
                             LUNCH @ ISLAND           
                             BALIK HOTEL
                             AKTIVITI BEBAS
                             END OF DAY 2

10.10.2014           CHECK OUT
                             SIMPLE BREAKFAST @ HOTEL AREA OR AIRPORT
                             KBV-KUL (AK 867, ETD 7:55AM, ETA 10:15AM)

Estimated Cost
No.
Activity
Price (2 pax)
Price (MYR) (2 pax)
1.
Hotel (2 nights)
THB 2,600
260
2.
Airport Transfer
THB 534
54
3.
Elephant Trekking (1 hour)
THB 1,600
159
4.
Island Hopping
THB 2,400
238
5.
Motorcycle Rental
THB 250 (per day)
25
6.
Meals
TBA
TBA
7.
Souvenirs
TBA
TBA
TOTAL

Price for 2 pax :
MYR 736

Notes:
* Harga bilik hotel tidak termasuk breakfast.
* Harga flight telah dibayar pada Februari 2014.
* Sila tukar siap2 Thai Baht di Malaysia. Semua bayaran hendaklah dibuat dalam matawang
  Baht.
* Bawak tidbits yang sesuai atau makanan untuk alas perut.       


Sekianlah cerita krabi, chow!

Thursday, August 14, 2014

Short vacay to Kuching, Sarawak

Assalamualaikum..

Its been a while since the last post. I've been through the same routine every single day! so nothing much to jot down actually..

TAPI..nak jugak tulis something!! selamat hari raya ke-17!! haha tibe2 terus entry wish selamat hari raya..ntah ape2 ntah.

huishhh hari raya lepas kawen, since dah 3 tahun beraya as a wife..mmg hectic sgt2! tak bernafas rasanya..Bile laaaa nak next trip ye. 

Oh tapi aritu ade pergi kuching. 1st time sampai kuching. Excited la jugak. Belajar sumpit, makan laksa sarawak n naik penambang. Itu lah yg paling diingati saat ini. Nah gambar.


Trip ke Kampung Budaya, Santubong..Last sekali tgk persembahan budaya Sarawak. Jmp plak emma maembong. ek? Kampung budaya best! Seronok tgk budaya yg mcm2 kat Sarawak n macam2 jenis rumah mengikut suku kaum diorang :)

Ini paling win..!Laksa Sarawak. Tak puas rasanye makan. Ada 2 tempat kat kuching yang dah dikenalpasti kesedapannya. hihi. Haish rindulaa..

Ini lah penambangnye.  Takyah pakai life jacket pon..kejap je seberang sungai. 50 sen seorang. Ktorang stay kat Harbour view hotel. Dekat je dgn sungai ni, pastu naik penambang beli kek lapis.

Ini lah jgk aktiviti ktorang berhari2. Borong kek Sarawak. Sedap jgk. Tapi kan selalu makan yg org beli dari Sarawak tak sedap sgt pulak. Pelik. Kek Sarawak dari Mira Cake House highly recommended. Sedap2! boleh makan tester kenyang2 dulu, then baru beli. hikhik

Ok ni gambar wajib kat tugu Sarawak. Tugu eh? hehe..dah last nak balik nih. Pipi pau tu sbb banyak sgt makan kek Sarawak kot?? sila abaikan.


Ok, Till then..bai!


Thursday, March 27, 2014

Disneyland Parissssss!!

Assalamualaikum..!!


Ampunlaaa lama simpan entry ni tak publish2. Malas sungguh nak edit gambo.

Btw nampak tak excited nye bile type tajuk post???

Sebenarnye yang paling excited mestilah En. Husben. Katanye dari kecik teringin nak ke Disneyland! Siap pakai satu set snow cap muffler mickey mouse segala..ha nampak tak? nampak tak? siapa yg excited terlebih? Haha.

Perjalanan dari Station Train berdekatan hotel ke Marne La-Vallee - Chessy jauh jgk lah..dalam 40 mins kot by train. Kire Disneyland ni hujung2 Paris gitu. Train dia 2 tingkat. Nak explain pasal tukar2 train susah sikit la..tapi kalau kat sana, Insyaallah senang je faham.. 

Dengan berbekalkan nasi goreng sardin dan sandwich berserta air mineral, semangat sungguh weolls berjalan menuju pintu Disneyland..


We are on our way to Disneylanddddd..!! by train.

Ini tiket masuk disneyland. Nanti kat pintu masuk dia akan check sorang2 the dia cop tgn stp sorang. Tiket ni dibeli online time kat KL. Time ni tgh promotion..50gbp sorang for 2 parks sempena 20th anniversary Disneyland..kalau harga biasa dalam 72gbp. Selamat I sempat grab!!

Pintu masuk Disneyland Paris. Cuaca time nih..mak aihhhhh! sojuk!
Ha..nampak tak tahap kesejukan melampau di situ?? dah la mata ibarat mata panda. haha.

Ok kite cite dgn gambar la eyh...


Me n En. Husben. Jauh jgklah nak menapak sampai ke castle.


Gambar dgn pokok kaler merah ni wajib amik. Kat Mesia takde nih. Ade pon merah sbb terbakor. hihihi.


Show by Disney characters. Cute!


Haih bile nak sampai niiii...haha

Haaa sampai ponnn. Terusss "u cepat amik gambar I !!" haha

Againnnnn...!
En. Husben yg terpaksa redha layan bini naik marry go round! haha


Ini kena paksa amik gambar. Sebab katanye I kan keturunan jawa! isk.


My parents agak kepenatan berjalan. Nak naik roller coaster tak berani. Tunggu je la anak2 men roller coaster.
Ini 2nd park yang included dalam tiket. Ini mesti masuk tau..! for us, walt disney park ni lagi best. Kena dgn jiwa kami yg agak dah tergolong dalam kategori remaja tua.


Masuk2 je  nampak la The Hollywood Tower Hotel ni. Actually ini bukan hotel tau. Ini kategori permainan yang tak berapa sesuai dgn remaja tua mcm weolls. Memula tgk lif naik sampai atas..laju. Lepas tu tetibe mcm tali lif terputus..terlepas lif tu ke bawah. Nganga jap. Tgk pun leh sakit jantung. Apatah lagi nak naik ye dak??


En. Husben mmg suka walt disney..banyak gile cd2 cartoon dia. Ini antara character yg dia suka. Remy from Ratatouille. Ade pulak baby comel kat situ :)
Ini paling dia suka..Mike Wazowski uollsss...! haha


I pong sukewwww...! :D


Us a.k.a Remaja Tua (T_T)


Indoor..Ini kebanyakkan nye tempat makan n jual souvenir. Beli la sikit souvenir fridge magnet Disneyland Paris utk diri sendiri. Time ni la ktorang makan segala bekalan nasik goreng n sandwich. Halal lagi jimat.



Time ni dah start nak gelap n hujan renyai. Musim sejuk, siang nye pendek. Nak tunggu sampai fireworks show mmg tak larat la..so, weolls nak gerak ke La Vallee Village. By train. Station untuk La Vallee Village ni ialah station before Marne La Vallee - Chessy. Turun dari train, jalan kaki..meredahi shopping mall, barulahhh jmp La Vallee Village. Jauh jgk lah.


Ini lah La Vallee Village. Macam factory outlet Bicester Village kat London. Tapi kat sini ade brand yang takde kat Bicester. Since duit Euro tak banyak sgt tukar, xde shopping ape pun kat sini..I beli kuali tefal yg paling kecik utk goreng telur or buat pancake je utk souvenir kawan2 rapat. Harga kuali tu 4.99euro. Bersamaan dgn RM20 duit kita..Bile check kat KL harga dia RM49.90 satu! Rugi tak beli banyak2.


Nak share pasal makanan yg ktorang dok makan time kat paris..turkish kebab n churros. Ada la jgk time ktorang tak larat nak masak kan..so singgah je kedai kebab yg dekat dgn hotel. Mmg puas hatilah..! satu set 6.50euro. Churros tu pulak 5euro. Adehhh..lapar pulak.


This is the next day. Our last day in paris n last pic for this entry. Au revoir paghiiii...!!

Sampai KL tgh hari ahad..kunun nye nak balik awal sehari dari parents sbb nak kerja on monday..Tapi nya..!! kitorang jet lagged..tak sedar pon pagi tu..!! arrrggghhhh. Hahaha. Tapi takpe lah. Good experience. 

Maka dengan ini diisytiharkan tamat lah cerita trip London & Paris. Xde hutang lagi ek??

Nanti kita cite2 lagi  ape yg patut k. 

Till then..bai!