Nuffnang Adds

Friday, December 13, 2013

London Trip #1

Assalamualaikum..!

As promised, I nk update entry pasal trip we'olls ke London n Paris tu kan. Hehe. Seperti yang telah diberitakan kitorang transit kat Doha, Qatar before ni. Kalau nk tau cerita lanjut pasal transit di Doha tu klik sini.

Gambar2 ade banyak lagi kat dalam camera En. Husben. tunggu punye tunggu dia transfer gambar tah bile. Tapi I sendiri pun malas nk transfer gambar sbb tu suruh dia. hihihi. Okeh ni ade la gambar sikit2 from phone. Janji ade!Sebab takut lupa jalan cite so update je cepat2. Kitorang naik Qatar Airways Arrival di Paris, sbb lebih murah berbanding arrival di Heathrow. Dari Paris airport tu baru kitorang gerak ke London dgn train. Stay kat London dulu then baru patah balik ke Paris kemudian utk sightseeing kat Paris seterusnya balik Malaysia flight pun dari CDG airport, Paris.

Ok, 10 minit nk touch down, suara pilot berkumandang dalam cabin. Speaking french. Mmg sepatah haram tak paham lah kan. Nasib baik pilot tu translate English.  Hehe. Time dia ckp pasal weather kt paris je..riuh kejap cabin. 3 degree! Encik Husben terus kuarkan longjohn dia n pergi washroom. I dah siap2 pakai dah kat Doha. Nasib baik. Kitorang standby coat dalam hand luggage. Sebelum kuar dari cabin omputih tu semua sebok pakai coat/jacket. Termasuk la kitorang. Imigresen kat Charles de Gaulle saaaangat lah senang. Tak mcm cite2 kat Heathrow yg I dgr ttg betapa strict nye imigresen kat sana. Syukur alhamdulilah. Paling lega adalah bile semua bekalan selamat! hihi. Ini antara bekalannye :)


Ini di antara stock yg awal2 I pack. Ade lagi serunding daging, sambal ikan bilis, asam keping, garam, gula, megi, sardin semualah. Syukur selamat! hehehe

Sampai dalam terminal, cop2 passport terus je kitorang bergerak ke Terminal 3 utk catch train ke Gare Du Nord utk naik eurostar ke King Cross, St Pancras, London.  Dalam Terminal 1 CDG airport..berselirat escalator dia..dah rasa dah angin2 sejuk kat luar tu masuk dlm bangunan airport. Huhu.

Train dari Paris ke London dalam 2 jam je. Layan2 perasaan, dahhh sampai.  Gare Du Nord or Paris Nord dan King Cross di London tu kalau kat KL mcm KL sentral la..tapi lagi sebok. Kitorang nk pandang org pun dah tak sempat. Semua berkejar2 nk cepat. Maybe sebab sejukkkkkkk!
Ini tiket train dari CDG ke Gare Du Nord utk naik Eurostar ke London. 7.6 euro seorang, lebih kurang RM32. Dari airport ke Gare Du Nord dalam 25 -30 minit je. 

Us dah sampai Gare du Nord. Pic Last tu En. Husben bukan tdo tau. Mata dia mmg seksay. hehe.
Kemain bergurau senda Pak Razak dgn Cikgu Salbiah dalam eurostar Paris-London.


King Cross Stn, St. Pancras, London. Muka semua dah kepenatan. Sampai sini dalam kul 8pm waktu London.

Sesampai kat King Cross tu, semua dah penat dah. So decided amik cab je utk ke apartment. Jimat la jugak sbb ramai2 kan. 1 teksi dapat lah muat 5 org. Termasuk luggage yg beso2 bagak tu. Teksi london nampak mcm kontot. Tak sangka muat jugak.  Dalam teksi dpt la tgk malam kat London. Hectic. 

Apartment ktorang kat area Westminster-Victoria. Dekat jugak dgn Talfagar Square, Big Ben n Westminster Abbey..Masa dalam teksi tu cuba ingat2 jalan yg I dah google n hafal bangunan2 dekat2 area apartment. Hah jgn tak tau I dah travel dulu b4 semua org tau..hehehe. So senang la nk jmp apartmentnye. I yg bagi direction kat driver teksi tu. hihihi.  Semua deal booking apartment buat dgn owner online. 1 week b4 arrival kite bagi tau owner agak2 kite sampai kul bape. Then dia akan emailkan kod number dalam 4 digit utk masuk apartment. Its key-less apartment! Mmg takkan jumpa tuan rumah. I suruh semua org hafal kod tu then senang nk kuar masuk or sape nk balik dulu ke takyah susah2 nk tunggu2 kat luar..dah la musim sejuk kan.

Kitorang book apartment ni through http://lovingapartments.com/United-Kingdom/London. Mmg berbaloi! Yang penting boleh masak2. I dah siap2 beli online sabun Taharah utk samak then boleh pakai semua cooking utensil yang ada kat apartment tu tanpa was2. Insyaallah. Lepas cuci semua pinggan mangkuk I pun kuarkan la semua stock. Tapi simpan sikit lah utk di Paris nanti. 

Ini la apartment nye, Chadwick St apartment. Kalau ckp dgn drebar teksi, sebut Hosfrey Road. Semua tau sbb dkt dgn stesen tv dorang, channel 4. Nmpk mcm beso kan. Tp kecik je. Omputih kedekut space weh. hehe. Tapi mmg complete. Siap washing machine semua. We'olls cuci baju ari2. Then Sidai kat heater. kejap je kering :)
Ini tingkap bilik I. Kat bawah tingkap tu heater. Mcm aircond, tp nipis sikit n versi panas. Mmg on 24hours!


The next morning kitorang amik gambar dpn apartment. En. Husben tukang amik gambar..so dia takde dlm gambar ni. Sejukkkk wehh.
Morning walk in London. Dekat2 je dgn apartment.

Singgah jap ke Tesco express. Kat sana ade banyak..Suka makcik sebelah kiri tu jadi cashier. Hehe. Senang je pakai mesin ni beli barang. Takde la masalah dgn cashier lembab kan. Pekerja tesco ni muslim. Dia ade la pesan barang2 yg kite boleh beli or tak. Basically roti susu telur tu takde masalah. Vege lagi la kan..kecuali mcm coklat2 tu..kene hati2.

2nd day kat London kitorang ke Bicester Village. Before tu ke Tesco express jap blakang apartment utk beli barang2 for breakfast. Mesti lah barang yg takleh bawak naik flight kan.. Lepas breakfast tu baru gerak ke underground berdekatan untuk pergi ke destinasi yg dihajati. Nak cite lagi tapi tgn I dah kejung pulak. Takpe lah nanti kite cite lagi :)

Till then, tata!

Kbai!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers