Nuffnang Adds

Thursday, March 27, 2014

Disneyland Parissssss!!

Assalamualaikum..!!


Ampunlaaa lama simpan entry ni tak publish2. Malas sungguh nak edit gambo.

Btw nampak tak excited nye bile type tajuk post???

Sebenarnye yang paling excited mestilah En. Husben. Katanye dari kecik teringin nak ke Disneyland! Siap pakai satu set snow cap muffler mickey mouse segala..ha nampak tak? nampak tak? siapa yg excited terlebih? Haha.

Perjalanan dari Station Train berdekatan hotel ke Marne La-Vallee - Chessy jauh jgk lah..dalam 40 mins kot by train. Kire Disneyland ni hujung2 Paris gitu. Train dia 2 tingkat. Nak explain pasal tukar2 train susah sikit la..tapi kalau kat sana, Insyaallah senang je faham.. 

Dengan berbekalkan nasi goreng sardin dan sandwich berserta air mineral, semangat sungguh weolls berjalan menuju pintu Disneyland..


We are on our way to Disneylanddddd..!! by train.

Ini tiket masuk disneyland. Nanti kat pintu masuk dia akan check sorang2 the dia cop tgn stp sorang. Tiket ni dibeli online time kat KL. Time ni tgh promotion..50gbp sorang for 2 parks sempena 20th anniversary Disneyland..kalau harga biasa dalam 72gbp. Selamat I sempat grab!!

Pintu masuk Disneyland Paris. Cuaca time nih..mak aihhhhh! sojuk!
Ha..nampak tak tahap kesejukan melampau di situ?? dah la mata ibarat mata panda. haha.

Ok kite cite dgn gambar la eyh...


Me n En. Husben. Jauh jgklah nak menapak sampai ke castle.


Gambar dgn pokok kaler merah ni wajib amik. Kat Mesia takde nih. Ade pon merah sbb terbakor. hihihi.


Show by Disney characters. Cute!


Haih bile nak sampai niiii...haha

Haaa sampai ponnn. Terusss "u cepat amik gambar I !!" haha

Againnnnn...!
En. Husben yg terpaksa redha layan bini naik marry go round! haha


Ini kena paksa amik gambar. Sebab katanye I kan keturunan jawa! isk.


My parents agak kepenatan berjalan. Nak naik roller coaster tak berani. Tunggu je la anak2 men roller coaster.
Ini 2nd park yang included dalam tiket. Ini mesti masuk tau..! for us, walt disney park ni lagi best. Kena dgn jiwa kami yg agak dah tergolong dalam kategori remaja tua.


Masuk2 je  nampak la The Hollywood Tower Hotel ni. Actually ini bukan hotel tau. Ini kategori permainan yang tak berapa sesuai dgn remaja tua mcm weolls. Memula tgk lif naik sampai atas..laju. Lepas tu tetibe mcm tali lif terputus..terlepas lif tu ke bawah. Nganga jap. Tgk pun leh sakit jantung. Apatah lagi nak naik ye dak??


En. Husben mmg suka walt disney..banyak gile cd2 cartoon dia. Ini antara character yg dia suka. Remy from Ratatouille. Ade pulak baby comel kat situ :)
Ini paling dia suka..Mike Wazowski uollsss...! haha


I pong sukewwww...! :D


Us a.k.a Remaja Tua (T_T)


Indoor..Ini kebanyakkan nye tempat makan n jual souvenir. Beli la sikit souvenir fridge magnet Disneyland Paris utk diri sendiri. Time ni la ktorang makan segala bekalan nasik goreng n sandwich. Halal lagi jimat.



Time ni dah start nak gelap n hujan renyai. Musim sejuk, siang nye pendek. Nak tunggu sampai fireworks show mmg tak larat la..so, weolls nak gerak ke La Vallee Village. By train. Station untuk La Vallee Village ni ialah station before Marne La Vallee - Chessy. Turun dari train, jalan kaki..meredahi shopping mall, barulahhh jmp La Vallee Village. Jauh jgk lah.


Ini lah La Vallee Village. Macam factory outlet Bicester Village kat London. Tapi kat sini ade brand yang takde kat Bicester. Since duit Euro tak banyak sgt tukar, xde shopping ape pun kat sini..I beli kuali tefal yg paling kecik utk goreng telur or buat pancake je utk souvenir kawan2 rapat. Harga kuali tu 4.99euro. Bersamaan dgn RM20 duit kita..Bile check kat KL harga dia RM49.90 satu! Rugi tak beli banyak2.


Nak share pasal makanan yg ktorang dok makan time kat paris..turkish kebab n churros. Ada la jgk time ktorang tak larat nak masak kan..so singgah je kedai kebab yg dekat dgn hotel. Mmg puas hatilah..! satu set 6.50euro. Churros tu pulak 5euro. Adehhh..lapar pulak.


This is the next day. Our last day in paris n last pic for this entry. Au revoir paghiiii...!!

Sampai KL tgh hari ahad..kunun nye nak balik awal sehari dari parents sbb nak kerja on monday..Tapi nya..!! kitorang jet lagged..tak sedar pon pagi tu..!! arrrggghhhh. Hahaha. Tapi takpe lah. Good experience. 

Maka dengan ini diisytiharkan tamat lah cerita trip London & Paris. Xde hutang lagi ek??

Nanti kita cite2 lagi  ape yg patut k. 

Till then..bai!

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370 & Paris Part One!

Assalamualaikum Semua..!

Literally, I'm a bit moody today..seriously. Rasa macam tak puas duduk rumah Saturday n Sunday. How I wish I can be a full time housewife! Tapi nanti kang guane nak kumpul duit nak support jenis org yang ade tahi lalat di kaki nih!! hehe..

Btw, perkara yang buat lebih tak senang duduk adalah dok teringat pasal MH370. Yes, memang ajal maut jodoh rezeki di tangan Allah s.w.t. Tapi sesama manusia siapa yang tak sedih kan. So..please..please..keep on praying for MH370 and passengers in it everyone. Tak salah if we give a hope. Allah Maha Kuasa.

Trip ke Paris belum cite lagi kan? Dari London naik easyjet ke Paris..Meh kite cite..

Sampai Paris we all naik van yg di chartered from airport ke Hotel. Driver dia org Tunissia. So boleh la communicate simple English. Senang sikit. If tak silap kitorang bayar dalam 180 euro utk 2 van. Dah tak pikir sgt time ni..janji sampai hotel. Tak larat dah.  Ktorang stay kat Mercure Hotel. Pronounce - Mar-kieee.  Pusing2 carik hotel susah jgk.  Hanya disebabkan cara pronounce nama hotel tu..driver tu tak paham!  mcm ayam dgn itik bercakap dgn org Tunisia tu. Sbb dia mmg cakap France manjang..Rupe2 org france sebut Mercure = Mar-kieee. Fuhhh! Macam nak lempang je.

Hotel mmg selesa..ktorang amik apartment jgk. So boleh masak2. Stok makanan dah simpan siap2 utk 3 hari di Paris. Bilik pun dapat bilik sendiri. Lupa nak snap. Tapi interior boleh tahan cantik jgk. Sudah semestinye tak pakai aircond..pakai heater adelah..sbb sejukkkk! Booking hotel through Booking.com.   Ok jom layan gambo meh..

Dah start balut2 dah..Grrrrrr!
Day 1 - Gambar depan hotel n the nearest metro from our hotel. Kat Paris pun I dah google siap2 jalan2 area hotel. So, takyah dah tanye2 org or tgk peta. Terussss je jalan. En. Husben standard la dgn ayat dia ''Oh i lupa..u dah pernah datang sini kan..?" haha perli la tu :p
Pic dalam dan luar metro..orang kata hati2 dgn pick pocket kat paris..tapi sepanjang kat sana rasa selamat jeee..jalan2 mcm kat M'sia tanpa rasa takut. Serius.
Our very first destination..kalau pi paris tak pi Eiffel tower tak sah wehhh..macam tak caye!! keluar je dari station train, naik tangga, toleh kiri..haa tu eiffel tower. Lupa la turun kat station mane. Time beli tiket tu, tanya je org kat counter..sebut eiffel tower.
fefeeling Cinta Jangan Pergi Sangatttttt! haha
Us with familia :)
Dari atas tadi..jalan ke bawah untuk naik bas..ktorang amik pakej big bus tour jgk kat paris..company yang sama..cuma rupa bas lain dari yg kat London.
Gambar 18Sxxxxxxx...!!
We all atas bas..sejukkk wehhh..


Paris cantikkk sgt. tgk gambar rumput pun nak amik tau..haha kat paris lagi banyak amik gambar dari kat London..bangunan dia semua cantik2 n unik. kat belakang En. Husben tu Notre Dame. 

Musee du louvre..time ni dah petang..sejuk sgt. Maybe dalam 3 degrees. Parents dah nak naik bas sgt dah..tak tahan sejuk. Dalam tu lah katenye muzium yg ada potret monalisa.
Belakang tu lah bangunan untuk enter Musee Du Louvre
The Famous Arch de Triomphe. Di tengah2 roundabout.
Kitorang masuk jap dalam La Fayette. Shopping mall.  Tempat famous org shopping kat Paris. Memang murah. En. Husben nak begambar dgn sales girl Longchamp tu..Lawa katenye nye..celah mane ek?? haha
The Pont Des Arts - Paris Love Lock Bridge. Memula nak verangan jadi Kourtney Kardashian..Tapi tak menjadi. hehe..Gile banyak mangga kat sini! Takut roboh jee..Jambatan ni dah penuh dah lock nye..Jadi jambatan lain pulak dah mula jadi mangsa. Oh kat paris banyak jambatan. macam kat melaka. eh tibe2.
Cantik kan..?? ade baaaanyak lagi gambar kat paris..tapi tak terlarat nak upload semua..hihi
Ini dia bas nye..tiket dia dalam 30euro..tak termasuk cruise ticket. Kalau kat london beli tiket bas free cruise.
Eiffel at night! Cantik sgtttt! Then ktorang naik jgk cruise. Sbb dah beli siap2 kan..rugi lah kalau tak naik. Patut lah kene bayar cruise kat paris ni..mmg cantik! nasib baik naik walopon dah penat gils.
Last kopek gambar dapat amik atas cruise..battery phone n camera dah abis!! arghh rugi2!
Ok nanti kite cite lagi ye..Lps ni cite pasal trip ke Disneyland paris pulak..Till then..
bai!



Daisypath Anniversary tickers