Nuffnang Adds

Thursday, March 31, 2011

Pertunangan

Lama dah tak hapdet blog nihhh..hampir jadik blog tinggal gayenye. Tp naseb bek tuan tanah nye masih ade semangat hari ni. 

Itu pun sebab bile tengok2 kalendar, genap 30 hari lagi tuan tanah blog syahizwa ni nak bertunang. Hehehehe agak gedix di situ.

Okeh, cite sket la bab pertunangan ni yek. eh bukan aturcara pentadbiran majlis tunang aku nti tu nti..tp serba siket psl pertunangan  almaklumlah aku ni tak gagah nak creat blog b2b nih.  Syg sgt blog syahizwa nih..ececeh.  Dolu2 aku selalu tgk sepupu2 sedara mara kawan2 aku bertunang. Siyes, dah tak hengat bp kali aku attend majlis tunang. Sampai siap jadik pengapit masa majlis tunang pun ade! Tunang pun kene ade pengapit ke?? hermmm.  Setiap kali aku attend majlis tunang,  aku konfiden bhw itu adalah majlis adat.  Adat melayu yg tak ditelan zaman.

But the thing is, pertunangan itu mmg disyariatkan dalam Islam dan ianya dikanun dalam undang-undang.  Begitulah.  Kenapa disyariatkan dalam Islam, knp dikanun dalam undang2? korang carik la sendiri.  Banyak sgt sebab nye.  Bukan tak boleh taip pjg2 tp aku agak lemah tenaga batin arini.  Maybe lately ni bnyk sgt berpikir.  Pokoknya, pertunangan itu bukan mende main2 ye habang2 hakak2 hadek2.  Ko nak tunang, pandai2 la ko pikir yg ko dah yakin ko nak bertunang dengan sipolan bin sipolan.  Ni tak, dah tunang buat majlis grand2 pastu tibe2 tak serasi. Eh eh.  Tp sekirenya die mmg bukan jodoh ko walopon dah tunang sekali pun, contohnye dalam tempoh bertunang tu tibe2 psgn ko tu disahkan mengidap penyakit merbahaya yang boleh memudaratkan pasangan di masa akan datang, itu xpelah..ini tak, jumpe yg lebih hot sket..sng je nak putus tunang.  Ape lagi, see u in court! hamik ko! bayar la segala tok mak nenek perbelanjaan yang dah dibelanjakan ke atas ko ;p

*isk tibe2 aku emo pulak*

lagi 30 hari aku jadik tunangan org. eh agak gedix lagi di situ. amponnnn!

perasaan? "mcm2 ade sebenarnya. bercampur baur.  gembira bahagia gusar.." *mcm lah ko kesah perasaan aku kannn..utk sebentar, kasik chance aku jawab ala2 artis hokeyy..!*

Semoga Allah permudahkan segala-galanya.  Semoga Dia merestui keputusan aku dalam menjalinkan ukhuwah yang lebih kukuh sesama Islam. Amiinnn~

footnotes : nti aku hapdet pix tunang eh. wakaka. sebulan lagi kottt..

k, bai!



Tuesday, March 8, 2011

lewat!

tarik napas dalam2! huhhhhh~

syahizwa ini juga manusia biasa.  tidak terlepas dari kesalahan. setelah 4 tahun aku bekerja. inilah pertama kali nya. tak pernah pun sebelum ini. maybe disebabkan itu jgklah aku sangat terkesan..! sile muhasabah. arini, aku clock in pukul 

8.08 pagi..!! merah!

ingatkan semalam akan jadi paling lewat. 7.59..rupe2nya tidakkkk ;(
ok, meh sini aku cite..exceli, aku teringat kata-kata makcik intan yang sangat terkesan di hati iaitu perkara asas yang wajib dalam kehidupan iaitu makan, pakai dan tempat tinggal. die ingat lagik tu Cikgu Jaharah ajar konsep kemahiran hidup katenyeee..now i've manage to find a new room to let. dah pindah pon. malam semalam aku tidur di tempat baru. boleh laa..nyenyak jugak. termasuk ini, dah 6 kali aku pindah tempat tinggal!! *jangan panggil aku nomad hokeyyy!* dan pernah jugak aku 'homeless'. sob..sob.. *pergi kau dari sini toksah ko purak2 nanges di sini..shuh2! - imejin ibu mertuaku puleksss..!

"Jgn pikir masalah itu sebagai masalah. pikirkan masalah itu sebagai cabaran" Rancangan Dari Mata Ke Hati - Prof. Dr. Muhaya. kata2 semangat Prof Dr. Muhaya itu aku jadikan pegangan setiap kali aku melangkah mencari tempat tinggal. omg!..i love her..!!. maka, Alhamdulilah..ketemu jgk. agak selesa dan harga berpatutan *almaklumlah kt KL ni mana ade yg murah. ye tak?*

kata2 makcikintan juga buat aku rasa tercabar. isk. toceh2. ketika semua orang menolak aku, dia tidak. hanya dengan mendengar dan mengungkap beberapa ayat. dia telah membantu aku n support aku. ecececeh. *kembang idung la tuh! haha ;p selain die, opkos la mak dgn abah aku. itu takyah ckp pon org tau..mak pak aku walopon jauh, tp...rasa dekatttt shj..! jauh di mata dekat di hati konsepnyerrr...

ha..itu salah satu kekdah living skill ye hadek2 abang2 hakak2 anak2 ummi sekelian..kalau ckp je tp tak bergerak tak usaha tak guna jugekkk..! - sendiri terasa. aku lah tuh. sekarang tidak lagiii..

now, kite cite pasal lewat pulak. disebabkan apa? lewat disebabkan keadaan sekeliling atau diri sendiri. patutnya kita jgn mengharap kepada orang lain. -aku jgk lah tuh!ampeh btol! 

pttnya bangun pagi2 siap2 mandi solat bagai. then terus kuar rumah. takyah tunggu2 org. ok, masa bergerak ke LRT station, jalan kaki dari LRT ke SDB. agak2 sempat tak 15 minit?? tidaakkkkkkk! kalau lencun sekali pun baju aku sbb berkejar ke opis, tetap tidak sempatttt...! LRT benti 4 kali. sekali benti amik masa 1-2 minit. kali dengan 4 berapa?? jarak perjalanan pulak berapa?? sile kira sendiri. kaki aku yg melangkah pakai baju kurung  biru pagi ni juga berapa kilo sesaat? aigoooooo!

pokoknya. pengurusan masa jugak aku kire sebagai living skill..makanya, sila asah asas kemahiran hidup anda syahizwa..
  
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. Demi masa.
  2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

k, babai!

Friday, March 4, 2011

wes mangan urung??

wess..wess..(ini bahasa jawe bg yang tidak memahami)

Entry kali ini menggunakan kata nama 'saya'. lebih sopan kununnye.

Sejak malam kelmarin, saya kurang sihat. badan lemah tidak bermaya.
setelah menelan panadol beberapa bijik jugak tidak kembali sihat.
emak bilang saya kurang makan, sbb tu khasiat di badan tidak mencukupi kadar sepatutnya. telan panadol, tp perut kosong. bleh ke?

iya, betul. saya mmg kurang makan lately ini. kerana selera yang tidak menentu hala. kepala ligat memikirkan bermacam perkara.  maka pada hari ini, saya telah memulakan kempen pemakanan sihat dgn banyak. sedari dari rumah lagi sejak pagi.

menu :

7.00 am - cereal + susu coklat dutchlady, dadih & orange juice
10.00 am - saya ambil sedikit nasik goreng (dalam 3 sudu je), pulut kuning +rendang ayam & buah betik
12.30 pm - makan pula nasik ayam complete dgn air sirap
2.15 pm - masa utk vitamin C & E

ini belum masuk menu utk dinner.

maka nya sekarang saya sudah kembali gagah perkasa. Alhamdulilah..

kembali semula tenaga batin saya.

k, bai!

Wednesday, March 2, 2011

hair removal

tajuk takde kene mengena.

aku rasa gelap je tgk layout yg itam itew. so, aku remove.
aku bosan tgk widget yg bergerak-gerak itu. rimas. so, aku remove.
jadiknye, jam yg transperen itu jgk tak kelihatan jarumnye. so, aku remove jgk.

now, putih. bersih. nyaman. aku sukew.

k, bai!
Daisypath Anniversary tickers