Nuffnang Adds

Tuesday, November 1, 2011

November already..???

homaigoddddddddddddd....!!

panic attack..??? ahahaha. takde pon. takde panic2 attack nih..well, i'm kewl...kehkehkeh.

ye la tuh syahizwa!!

p/s : bahagianya dgr qaliesya asik panggil2 ummi. haha. akak aku ckp, tdo malam pon sebok pggl ummiiiii....owh, i'm melting! actually, qaliesya adalah my niece, baru setahun 5 bulan :) hehehe

taaaa!

Thursday, October 27, 2011

Setahun berlalu..

Hello everyone!

Last year pada tarikh ini 27 Oktober 2010 aku post entry ini.  Kalau kome nak baca, kome baca lah.  Anak2 ummi, hari ni ulang tahun kelahiran nenda kamu yg ke-54 tahun.  Hari jadi ummi dgn nenda selang sehari.  Lusa hari lahir ummi pula :)

Alhamdulilah, tahun ni berpeluang sambut birthday dgn mak..mak I dtg KL :) weeeeeeeeeeeeeeeeeeee!  tahun ni takde la bunga mcm thn lepas. Tahun ni ani bagi periuk ikea yg mak nak tu je yeh?? alamak, gambo periuk tak amik pulok.  Semoga emak dipanjangkan usia dalam keimanan dan dimurahkan rezeki dalam ketaqwaan.  Smg jgk, emak sentiasa sihat n boleh la selalu masak yg sedap2 utk anak2 mu yg molot beso2 nih.  Nampak tak simboliknya periuk di sini?? hehehe

Mak gembira benar sbb dapat khatam di hadapan kaabah katenye :) - umrah 2011
Ya Allah, bahagia kan hatinya..gembirakanlah dia.  Kurniakan kepadanya rezeki yang banyak lagi halal, Imam yang benar, Kesihatan yang elok, Ilmu yang bermanfaat, Kecerdikan yang tinggi, Hati yang bersih dan Kejayaan yang besar. Aminnnn.

Selamat hari lahir emak.
Salam sayang sebanyak buih2 di lautan!

 

Monday, October 24, 2011

Less than 30 days..

harap2 semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan diberkahiNya.
semua kesedihan, kekecewaan harus ditolak tepi.
org kate, dugaan bertunang.
tambah2 pula, harinya semakin hampir.
dugaan maha hebat. 
syaitan2 durjana sedang berusaha keras mencucuk jarum. 
menghasut anak adam supaya tidak teruskan niat mendirikan masjid. 
pergi jahanam dgn syaitan2 itu. 
akan ku pastikan 'kau' meraung berguling-guling di saat ijab dan qabul ku nanti!

Dear friends who read this, please send us your doa's. 
Hopefully, the happiness will be reserved for us. amin..

Thursday, September 29, 2011

Masih mahu menulis sebenarnye...

Entry pemberitahuan bahawa syahizwa masih mahu menulis sebenarnya.

Tapi masih lagi kaku jari-jemari di atas papan kekunci.
akal dan otak tak henti2 memikiri.
mungkin suatu hari nanti.

Aku bakal meniti hari-hari yang tidak pasti.
tetapi aku meyakini.
segala itu ada hikmah daripada Ilahi.

Salam 1 Zulkaedah 1432H :)

Friday, August 12, 2011

100 days to go..

"Sian blog ko tu..meraung2 minta dihapdate…"

*LOL*
aku nak gelak guling2 baca email ni. u know who u are. aku tatau la ko perli ke ape ek.. tapi, apa yang boleh dibilang, ade banyak blog dkt dunia maya ni  yg very informative..semestinye aku punya tidak. i know. i know. heeeee.

so, takkan la org nak tunggu sgt aku hapdet entry2 baru..ye tak?? jadi, aku percaya kamu hanya perli aku. titik. huehuehue (^_^)

okayh, back to the title. 

100 days to go..

dulu2, time upsr, pmr, spm..korang ade tak buat jadual atau list 100 hari lagi. contohnye macam ni :

UPSR
100
99
98
97
96
95
(dan seterusnya....sehingga)
3
2
1
(jeng..jeng..jeng..UPSR..takotnyeeeee!) <---- ini aku reka. lupe dulu letak ape. heheh

lagi satu versi ala2 kalendar maju sikit bile dah masuk pmr, spm kan..gini :

PMR
1/2 hari lagi. <--- stp hari tukor nombor je. "hari lagi" tu menten je. ahaks.

aku ade. pmr pun mcm tu..spm pun gitu gak. buat kat kertas cantik2 pastu tampal la kat tepi gobok ke..kalau kat ostel letak kat pintu loker dan bilik prep.  ha ha itu aku. kunun nye nak jadik pembakar semangat la kunun...spy blajar lebih gigih. result gempak?? nan adooo..!! haha tapi takpe, janji semangat ado..ko ado?

now, setelah tinggalkan bangku sekolah pada 2003, aku kembali lagi countdown utk 100 hari pada tahun 2011 ni. (ce kire bape umor aku skang? haha) tapi peperiksaan kali ni lebih mencabar. paling complicated. permulaan ke alam baru. membabitkan hidup aku dunia akhirat. *sambil mata kebil2*

100 hari lagi sebelum diijab kabulkan. 

seram ke tak? ke biasa2 aje? 

tak seram ke bile pikirkan raya taun depan ko tak dpt tolong mak ko kemas rumah, buat kueh raya..tak dpt cium tangan mak abah ko pagi raye..?? taun depan malam raya n pagi raya ko berada di kolumpo  yg suasananya lengang boleh guling2 atas jalan raya?? (okayh mmg sadis. ce bg contoh lain. maklumlah bulan puasa, jadik ingat raya laaa)

ermm...tak seram ke..mak mertua asik usha ko kt rumah buat ape. bagi anak die makan ke tak..asik ngorok je ke tak..pandai siang sotong ke tak..adoiyai. lagi seram bile kite tak mampu nak zahirkan taat kepada suami? sanggup paksa suami belikan henbeg yg harga sama dgn 1 bulan gaji suami! bile tido tak dapat redha suami kemudian mati. tak cium bau syurga..nak? haaaa. mesti lah seram kannnn. ha ha. *watak di atas hanya rekaan. sesuai utk menantu yg dapat mak mertua serupa ibu mertua kasim selamat. takde kene mengena dgn bakal mak mertua aku. mak mertua aku baik. henbeg mahal pun bukan aku. aku pakai henbeg murah je. sotong pun aku pandai siang. ehem*

100 hari lagi..

mencari cinta yang halal. Insyaallah di dunia dan akhirat.

bukan cinta hakiki. hakiki itu hanya cinta kepada Ilahi. Tapi halal. lebih seswai.

Fasa 1 bulan Ramadhan dah melabuhkan tirai. sekarang dah fasa ke-2. jom doa banyak2. smg doa yg dipohon mustajap. fasa ke-3 dah nak hampir.  kejap je masa bejalan time bulan puasa ni..so, carik cinta yg halal tu carik jugak. lailatulqadar jgn tak carik pulak...
saya tak ponteng puasa. anda bagaimana?
Salam 12 Ramadhan! ^_^

Daisypath Anniversary tickers