Nuffnang Adds

Tuesday, November 12, 2013

Umrah 2013

Assalamualaikum

Rajin pulak tibe2 nk update entri baru and tukar templates bagai. Haha. Dah sampai kot mood menghadap blog ni. Hihi.

Syukur sangat2 hajat nak menunaikan umrah buat pertama kalinya tercapai pada Mei 2013 aritu. Jemputan sebagai tetamu-Nya mmg tidak disangka. Bila dah pasang niat segala urusan perjalanan Insyaallah dipermudahkanNya. Alhamdulilah.

Tapi mula-mula tu ade la jugak drama-drama swasta yang on-air di sebalik perancangan untuk ke sana. biasala tu. Hati manusia ni mmg mudah dibolak balikkan. Eceh ayatttt. haha.

Kitorang amik Travel Agency Al-Zahabi from Johor Bahru. Since mak abah n syafiqa kat johor pergi sekali. So naik Etihad Airways from Changi Airport. Perjalanan tak silap dalam 9 jam then transit di Abu Dhabi sejam. Airport Abu Dhabi cantik. Then sambung flight another 2 jam if tak silap n miqat time dalam flight. Kami ke Mekah dulu kemudian baru ke Madinah. Sesampai di Jeddah dah subuh. Subuh di Airport then terus check-in hotel seterusnya menunaikan Umrah wajib. Tips masa immigration check di Jeddah bagi sapa2 yg bawak isteri or isteri yg bermahram kan suami jgn sekali-kali tinggalkan spouse anda. Biasanya kan takleh tunggu2 org kan lepas kite dah check tu. Tapi kat Jeddah lain pulak. Bile dorang tgk husband tinggalkan wife nye punye la dorang marah..hehe (iolls letewww). Lama la kitorang stuck di situ. kehkeh. Ok done drama sebabak. 

Bertolak dari Airport Jeddah ke Haram (Panggilan untuk MasjidilHaram) atau ke Tanah Haram makan masa dalam satu jam. Oh lupa, dari Malaysia jangan lupa bawak ubat batuk. Sebab kat sana iolls dapat batuk2 teruk..maybe disebabkan debu dan banyak sangat makan aiskrim sedap kat sana! mmg sedap bangat! yumsss. Takpelah kite cite pakai gambar ye tuan2 puan2.

Boarding at Changi Airport

Sesi membetulkan kain ihram mertua-menantu di Abu Dhabi airport
En. Husben ketika baru lepas Immigration check yg agak stress tu. hehe - Ujian Allah mungkin.
Saat hampir di Tanah Haram. Berdebar - masa ni dalam bas semua laungkan Labbaikallahummalabbaik. Ok, Sayu.

Usai Dhuha if tak silap time ni.
Dalam MasjidilHaram
 
Usai Subuh di MasjidilHaram


Disunatkan minum air zamzam berdiri sambil berdoa menghadap Kaabah.

Teringin jugak nak pakai cenggini kat Mesia n pergi office. Voleyyyy??

Hudaibiyah, kite minum susu unta!

Ini lah masjid Hudaibiyah. Kite Miqat di sini utk buat umrah sekali lagi

Berlatarbelakangkan Bukit Safa - usai tahalul dan satu kali umrah

En.Husben baru lepas bercukur habis. Tetap menten hensem di matakuuu...huhu

Shopping Jubah cantik2 dan murah - Cannot be miss! ini ketika kat Mekah. Kat madinah laaagi banyak!

Besar. Sedap. Kenyang. Kedai Pakistan di Mekah.

Masa ni suhu around 48 darjah selsius! - tapi tak berpeluh walopon berselubung ye uolls.
Jabbal Rahmah - Ziarah Mekah. Letih jugaklah panjat. Tapi gigih jugak tamo lepas peluang.
Miqat di Ja'aranah - Tempat yang disukai oleh Rasulullah saw untuk bermiqat bersama sahabat-sahabat sebelum menunaikan Umrah

Suku daripada perkuburan Ma'ala - Tempat isteri Nabi saw, Saidatina Khadijah dikebumikan.

Ok, panjang gile entri bergambar ni. Takpe untuk kenangan sendiri. Sayu hati ketika meninggalkan rumah Allah. Lagi2 bile baca doa usai Tawaf wada' tu. Insyaallah hati ni sentiasa ingin sampai lagi ke sana.  Doa ketika Tawaf Wada' untuk meninggalkan Mekah :


"Dengan nama Allah, Alllah maha Besar, Maha Suci Allah dan segala puji hanya kepada Allah tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Besar, tiada daya (untuk memperoleh manfaat) dan tiada kekuatan (untuk menolak kesulitan) kecuali dengan pertolongan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, salawat dan salam bagi junjungan Rasulullah SAW. Ya Allah, aku datang kemari karena iman kepada-Mu, membenarkan kitab-Mu, memenuhi janji-MU dan karena menuruti sunnah Nabi-Mu Muhammad SAW. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan Al-Qur'an kepadamu niscaya memulangkanmu ke tempat kembali, wahai Tuhan yang Kuasa mengembalikan, kembalikan aku ke tempatku, wahai Tuhan yang Maha Mendengar, dengarlah (kabulkanlah) permohonanku wahai Tuhan Yang Maha Memperbaiki, perbaikilah aku, wahai Tuhan Yang Maha pelindung, tutupilah aibku, wahai Tuhan Yang Maha Kasih Sayang, sayangilah aku, wahai Tuhan Yang Maha Kuasa Mengembalikan, kembalikanlah aku ke Ka'bah ini dan berilah ak rezki untuk mengulanginya berkali-kali, dalam keadaan bertaubat dan beribadat, berlayar menuju Tuhan kami sambil memuji, Allah Maha menepati janji-Nya, membantu hamba-hamba-Nya, yang menghancurkan sendiri musuh-musuh-Nya. Ya Allah, peliharalah aku dari kanan, kiri, depan dan belakang, dari sebelah atas dan bawah sampai Engkau mengembalikan aku kepada keluarga dan tanah airku. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan bagi kami, lipatkan bumi untuk kami. Ya Allah sertailah kami dalam perjalanan, dan gantilah kedudukan kami dalam keluarga yang ditinggal, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih melebihi segala pengasih, wahai Tuhan Yang Memelihara seluruh alam."

Entri pasal ziarah ke Madinah dan menziarahi maqam Rasulullah kite sambung kat entri lain pulak ye. Panjang tu..hehe..

Salam.

Solemnization + Trip to Bali, Indonesia.

Assalamualaikum..

Berapa tahun daaaaa tak update blog. Hahaha. 

Ingatkan dah nak delete blog ni. Tapi sayang la pulak. Nak kate baca balik tulisan2 dulu tu tak jugak..sebab segan. Tah ape2 yg dikarutkan zaman muda-muda dulu. Tapi biarlah. At least ada lah kenangan kan.

Btw tgk balik blog ni, baru pasan dah almost 2 tahun bergelar isteri. Our anniversary is on this 20th Nov 2013. Tak sedar! Serious.


Our Solemnization day.

Us. Two years back. Insyaallah till Jannah. Amin.

Plan arini nk update blog secara pukal yang telah ditinggalkan sejak zaman dahulu lagi. kehkehkeh. Rasakan.

Banyak gambar2 yg plan nk masukkan dlm blog ni tak tercapai. Takpe lah org kate pelan2 kayuh kan..Kebetulan genap 2 tahun ni we planned to have another vacay out of country

1st time pergi bercuti bersama lepas kawen dulu ke Bali. Best! Actually kitorang mmg suka tgk culture org. So boleh geng. hihihi. Ucapan utk husband : Biarlah I takde emas intan berlian bang. Janji I dapat holiday! haha.

Tegalalang. Padi bukit.

Tanah Lot. Tempat wajib pergi kalau ke Bali katenye..

Turtle Island. Naik boat dari Pantai Nusa dua ke sini. Turtle paling tua umur 60 years kat sini. Now tak tau still hidup ke tak? haha.

Us menunggu kecak dance bermula. Sambil tgk sunset. cantik!

Balik dari tgk kecak dance, Dinner kat Jimbaran. Food wise biasa2 aje and tak lah murah pun. Maybe sebab view tepi pantai kot.
Sightseeing at Kuta, Bali

Aktiviti wajib kalau pergi Indonesia. Lastttt sekali mesti pergi massage. Murah sgt!
Trip ke Bali tu kos 2 orang around RM1.2k utk tiket flight Airasia n hotel Aston 4H3M. Hotel kat sana tak lah murah sangat. Lagipun baru kawen kan. banyak duit dah abis utk majlis kawen. haha. Okay, till the next post. 

Salam.

Monday, February 13, 2012

A year older :)

hari ini hari lahirnya ---> Abd Razak Md Hassan. Bapa saya (^_^)

Wednesday, January 11, 2012

11 Januari 2012

Aisey...! saya masih sayang blog ni. tak mungkin kot nak tutup blog. haha. tapi, mmg terrrrrrrrrrrrrrrrlalu lama kan tak update? terlalu banyak yang nak diceritakan sampai tak tercerita :) perihal wedding takde review langsung..! kalau nak jgk, ade sikit2 di review oleh 'cerminan' saya di sini.

Insyaallah, kalau dah dapat gambar2 yg senonoh sikit dari OP saya akan carik mood semula utk review ttg wedding on 20.11.2011 and 27.11.2011.

Mood utk update entry hari ni pun dtg balik bile tgk calendar, hari ni 11 Januari. Birthday Siti Nurhaliza. haha. takde kene mengena dgn saya pun :p cuma ade kenangan mengusik kalbu di antara saya dan husben pada tarikh ini. (ohhh saya dah ade husben! haha)

11 Januari 2009, he asked me to be his girlfriend though saya dah kenal dia since 2007! dua tahun ambil masa to say those 143 words. haha!

Now till syurga, insyaallah i'm his. We have been married for 1 month, 3 weeks & 1 day today :)

ucapan saya pada hari ini buat husben : 

"Semoga kita terus berusaha dgn gigih lagi utk menjadi ummi dan abah pada suatu hari nanti..!!" 

hahaha.

sampai bertemu.

ikhlas,
Puan Syahizwa.

Tuesday, November 1, 2011

November already..???

homaigoddddddddddddd....!!

panic attack..??? ahahaha. takde pon. takde panic2 attack nih..well, i'm kewl...kehkehkeh.

ye la tuh syahizwa!!

p/s : bahagianya dgr qaliesya asik panggil2 ummi. haha. akak aku ckp, tdo malam pon sebok pggl ummiiiii....owh, i'm melting! actually, qaliesya adalah my niece, baru setahun 5 bulan :) hehehe

taaaa!
Daisypath Anniversary tickers