Nuffnang Adds

Friday, December 6, 2013

Bersilaturahim di Doha, Qatar

Bismilahirahmanirrahim..

Assalamualaikum wahai pembaca budiman!


Finally! Datang jugak mood nk ber blogging. Tamo dah pospon2 entry. Tak sanggup nk update secara pukal nanti. hihi. 

Syukur alhamdulillah my family and I dah selamat sampai kat Malaysia. I as usual sambung hidup kat KL ni with my husben and in laws.  My family, abah mak abg n lil sista, straight away balik Johor. Especially abah I yg dah homesick sgt2. Dek kesejukan kat Paris n London aritu, tak sabar2 dia nak balik Malaysia tanah air terchenta. Memang pure jawa kan!

Btw, untuk trip ke Paris n London ni kitorang beli tiket Qatar Airways. Murah 1k dari tiket MAS. Service pun not bad. Makan sedap aje. Makan tu penting ye dlm flight. Bile bosan je makan. Bile bosan makan kite layan movie. Cukup 3 kali cite hindustan sampai la ke destinasi. Kihkih. 


Ini breakfast dalam Qatar Airways. Kenyang gile.

Dah nama Qatar Airways kan haruslah transit di Doha, Qatar. Kitorang mmg sengaja amik masa transit yang lama di Doha around 17 hours kot time transit nye sbb berhajat nak visit a family friend yang dah 7 tahun duduk Qatar. Dapat lah bersilaturahim kan. 

Tu diaaa..layan hindustan wajib ye utk long flight. Nasib baik ade shahrukhkhan. hihihi.


Selfie jap. Time kebosanan dalam fligt. Makan dah tido dah layan movie dah. Pic last sekali tu suka sgt tgk budak tu usung luggage dia. Mak nye pulak dukung baby. Cute..!! terus snap.




Setiba di Airport Doha and sightseeing Doha. Cuaca Doha dah mula sejuk dalam 19 degree. Best sgt weather nye. Chilly. 

us at the International Airport of Doha & a unique building yg membazir space bak kate our fren yg keje kat sana. hihihi.

 Housing Estate dorang memang menarik. Cantik n rumah besar2. Tapiiiii..kalau nk tau, sewa rumah dorang sebulan 16k qatar riyal. Lebih kurang dalam RM15,000.00 ye. Ko mampu?? haha.

Actually, kat Doha tu sebelah malamnye kitorang ada singgah ke Qatara, salah satu attraction di Qatar. Tempat pak2 arab anak beranak berekreasi. Pusing2 naik buggy. Kat Qatar ni banyak pekerja Philippines. So senang sikit la nk borak2 in english kan. Kalau ckp dgn pak arab, mau tergeliat2 lah lidah jawabnyeee. 



Jadilahhh kan. Janji dapat jugak pengalaman berharga di Qatar ni. Barulah I tau yg Qatar ni actually sebuah negara yang berdiri di atas kaki sendiri, kaya dengan hasil minyaknye. Qatar tak termasuk dalam Arab Saudi. Orang depa banyak tak keje. Sebab negara kaya sgt gamaknye. 1 liter minyak kete dia cuma 1 QR bersamaan dgn RM0.90 duit kite. Minyak tak habis kot. Semua pakai kete beso2.  Hehehe.

The next day after breakfast. Tuan rumah hantar kitorang ke airport untuk catch flight ke Paris kul 6.55 am. Here some of the picture..


Waiting for our next flight to Charles de Gaulle, Paris. 7 hours to goooooo!

Ok, nanti I sambung untuk entry trip ke Paris n London ye. Insyaallah.

Till then, Wassalam.

p/s : Jangan lupa click gambar untuk tumbesaran yg lebih sihat :-) 

Wednesday, November 20, 2013

2nd Anniversary 20.11.2011 - 20.11.2013

Assalamualaikum..

Gigih tak dalam sehari post 2 entry?? hahaha. Actually entry Sabah tu dah lama dalam draft. Punye la susah I nk recall pasal trip Sabah tu sbb dah lama sgt kan..tu yg amik masa nk post. Pergi Sabahnye tahun 2010. Post entry 2013..mane taknyeeeeee! hehe.

Btw, entry yang ini mmg kene post. Sebab two years back pada tarikh hari  ni iaitu 20.11.2011, I sah bergelar Isteri kepada En. Husben (^_^) Bak kate makcik intan - Two souls with but a single thought, Two hearts that beat as one. Gituuu..dalam ucapan nye yg ihsan dari En. google. Thank you soul sister! :)

and for that..we have planned for a trip to London & Paris..!!! yayyyy! and..and..and..Its tomorrow guysss..!! Nanti i update entry pasal London n Paris se'detail' yg mungkin ye (chewaah!).

Thus, please doakan both of us to have such a wonderful marriage till Jannah and may Allah S.W.T grant us with anak soleh one fine day. Amin... 

Till then. Wassalam. 

Wonderful Sabah

Assalamualaikum..

Kat Malaysia ni kalau tanye I tempat yg best utk pergi, I jawab - Sabah. Selain pulau2 yg mmg cantik lagi elegan mcm Perhentian, Redang dsbnya. I mmg suka laut ye. Tapi sabah mmg seriously recommended. Walaupun dah makan bertahun time pergi dulu. Iolls tetap ingat ape yg best kat sabah. Pulau ade, tanah tinggi ada. Full package la kirenye. Airasia kan selalu buat promotion dulu. Tiket return ke Sabah ni dalam RM54 seorang. Murah kan! Tapi pergi ke Bandung lagi murah - RM27 seorang. Haha. Itu kite cite kat entry lain. 

Kitorang booking bilik kat hotel D'borneo if tak silap. Hotel bajet tapi bersih dan selesa. Paling penting dekat dgn attraction kat town KK tu. So jalan kaki je dalam 5 minit nak ke pasar filipina, medan ikan bakar, pasar malam n etc. Fully recommended! Harga pun murah. Masa kitorang pergi tu amik bilik bertiga dalam RM60 je seorang. Kitorang booking utk 3 malam.  Tak tau la harga sekarang.  Next ke Pulau2 kat KK. MasyaAllah mmg tak pernah ku sangka kat KK ade pulau2 yg cantik! 15 minit je naik boat dari Jesselton Point kat bandar KK! Antara pulaunye Mamutik n Manukan. Ramai gak orang mandi manda. Aktiviti air pun ade disediakan e.g snorkeling, jetski. Tapi pada I mahal la. Kebanyakkan nye tourist dari luar yg joint.  Ade satu lagi pulau tapi I dah lupa nama dia. Spend la satu hari kat pulau2 tu. Beli tiket kat Jesselton Point. 

The next day kitorang amik driver utk ke Kundasang. Naik 4wd lebih sesuai katenye. Ini lagi satu..mmg cantik! pening pun ye jugak. Naik ke kawasan tanah tinggi kan. Dalam perjalanan tu singgah jap ke jambatan tamparuli yang famous tu. Snap2 gambar jap then sambung perjalanan. Time sampai kat kaki gunung tu cuaca sejuk gils! terus ckp dalam hati, "ini mesia ke obersea ni" hihi. Kabus tebal gils. Tak nampak pun Low's Peak. Dah nk balik tu baru nampak :(

Okay, let the photos do the talking yah!

Gambar atas - membeli belah pearl di Pasar Malam dan souvenir di pasar Filipina. Then bawah tu adalah gambar di Jesselton Point utk ke Pulau2 di KK

Okay nilah pulau nye. Tak silap ini kat Pulau Manukan. Air dia cantik sgtttt!


Jambatan Tamparuli dan sayur2 segar. Singgah jap before bertolak ke kundasang. Gambar last sekali tu dah sampai kaki gunung kot. Kabus tebal semacam sejuk gils sebenarnye.
Kitorang singgah jugak di Pine Resort. Cantik resort ni..tapi mahal jugaklah utk tourist bajet mcm kitorang ni. hihi. Last picture tu la Low's Peak. Puncak Gunung Kinabalu. Dah nk balik baru nmpk!
Btw, trip ke sabah ni trip 3 tahun lepas! haha. Punye lah lama baru sebok nk tayang. Kuikui. Janji ade kan? Gigih i selongkar folder2 lama tau. Time ni belum kawen lagi. Tunang pun belum kot? Tu yg pergi dgn housemate yg bujang2 time tu lah. Body pun slim sikit kan. Skang ofkos la gebus gebas. Setelah proses menternak lemak semakin giat dijalankan. haha.

So sape rakyat mesia yang tak pernah pergi sabah, sila lah pergi ye. Sabah pun dah mcm oversea. Serious best!:)

Sekian.


Monday, November 18, 2013

Graduation day - Oct 2012

Assalamualaikum..

Hi yu olls! I memang nk sangat share gambar2 konvokesyen I kat blog ni. Tapi tak pernah nye sempat! dah setahun lebih baru nk upload. Mmg dasar Mim beso kan? hehe. Utk sape2 yg terjumpa blog ni, dinasihatkan yu olls toksah la scroll entri lama2 I. Nanti muntah. A BIG NO k.

5 tahun pengajian di UTM mmg betul2 menguji keimanan tau. Sama ada nk syahid, atau teruskan. Fortunately, I managed to finish it! Yay! Syukur sgt. Alhamdulilah. Masa konvo hari tu kebetulan jatuh pada tarikh orang pergi haji. Mak dgn abah adalah org2 terpenting yg I harap utk datang konvokesyen I. Tapi apakan daya, dorang berada di tempat yg lebih afdhal kan. Kejadian berlangsung di UTM, Skudai. Meriah n ramai gils org. Majlis konvo UTM ni tak lah skematik sgt mcm majlis konvo yg i pernah attend kat UiTM time En. Husben grad degree dulu apatah lagi konvokesyen politeknik. UTM lebih happening. To me lah kan. Siap bersorak2 dlm dewan bile kawan2 sendiri yg naik pentas. Bile dah habis tu siap pasang lagu Vitamin C - Graduation (Friends forever) then dorang lepaskan belon banyak2 dari atas. Ape lagi berkanak2 ribena la kitorang main belon. Tak kire lah bapak budak ke mak budak ke. Semua happy gils! berlinang gak la ayak mata  iolls time tu. Syahdu gitu.
Vitamin C-Graduation

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day
Cause we're moving on and we can't slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn't know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real cool
Stay at home talking on the telephone with me
We'd get so excited, we'd get so scared
Laughing at our selves thinking life's not fair
And this is how it feels

( 1 )
As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come whatever
We will still be
Friends Forever

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny ?
Will we still remember everything we learned in school ?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man ?
Can we ever find a job that won't interfere with a tan ?
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
And this is how it feels

( repeat 1 )

La, la, la, la
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la
We will still be friends forever
Will we think about tomorrow like we think about now ?
Can we survive it out there ?
Can we make it somehow ?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, I keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly
Here some gambar utk tatapan korang dan juga utk simpanan blog ni. Entah bile la nk grad utk Master pulak. hihihi. *berangan. Ada kawan2 yg rapat dgn I takde dalam gambar. Sepatutnye five of us - Kak Fariza, Murni, CT, Sarah and Me. Tapi masing2 sebok dgn family time tu kan. Lagipun mmg ramai sgt org. Lepas kuar je dewan semua dah bersepah2 and terpisah. Punya la susah nk berkumpul balik.  
Me with the one and only Siti Sarah Idris. Kalau takde dia sama2 belajar utk dapat degree ni taktau la I. Hihi. Daripada zaman dia bercinta bertunang kawen n beranak baru kitorang grad! gigih kan? May our friendship last forever sweeties..!


Yeahhhhh..! Aktiviti wajib lepas grad kan. Baling mortar board. Gambar atas sekali belah kiri tu antara kawan2 yg dapat dikumpulkan utk amik gambar studio. Kenangan. 


Candid pic by one of us. Thanks! :)
Walaupun mak dgn abah tak dapat attend, En. Husben tetap bagi support utk datang konvo all the way dari KL ke JB. Selain bagi semangat utk habiskan study! hehe. Takde pulak gambar dgn ummi. Rugi2. Btw, thanks love..! 



Ok, till then..tata!
































Thursday, November 14, 2013

Ziarah Madinah dan Makam Rasulullah SAW


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, hari ini gigihkan jugaklah update entri pasal ziarah ke Madinah dan Makam Rasulullah s.a.w tercinta.  Perjalanan ke Madinah dari Mekah ambil masa lebih kurang 6 jam dengan bas. Kebanyakan jemaah masa kami di sana datang ke Madinah dulu kemudian baru lah menunaikan Umrah. Tapi kami ke Mekah dulu untuk selesaikan ibadah yang wajib kemudian baru ke Madinah untuk ziarah. Difahamkan ziarah ke Madinah ni bukan lah termasuk di dalam rukun umrah. Tapi sebagai Umat Islam, siapalah yg nak melepaskan peluang utk menziarahi makam Rasulullah saw dan para sahabat serta bersolat di Masjid Nabawi! Karangan bergambar akan menyusul selepas ini. hihihi.


Sepanjang perjalanan dgn bas tu mmg disajikan dengan padang pasir semata. Ade jugak ribut pasir, dalam sejam gitu lah. Lepas tu berhenti kejap di RnR dorang..ayoyo. Pak Arab punye RnR..beza 100X ganda dgn RnR di Malaysia..especially RnR PLUS dari KL ke Johor (ai kan org johor..hehe).  Sesampai di Madinah dah malam. Dah masuk Isyak kot. Semua org dah sebok berkejar ke Masjid, kitorang kene lah angkut beg masuk bilik dulu kan. Hotel kitorang dekat je dgn pintu An-Nisa' di Masjid Nabawi, dlm 50 meter je. Hotel pun boleh tahan. I dgn En. Husben mmg amik bilik berdua je. Bilik utk kitorang pun besar. Masuk2 lupa nk snap gambar. Dah bersepah baru teringat. Beza sgt2 dgn kat Mekah. Gambar hotel kat Mekah lupa nk snap. Tp Alhamdulilah..janji dpt menjadi tetamu-Nya. 

Sampai2 je nampak Masjid Nabawi, tak tau nk kate ape. Rasa rindu pada kekasihNya tibe2 je dtg membuak2. Kubah hijau tu lah letaknye Makam Nabi kita. Ziarah dalam termasuklah ziarah ke perkuburan Baqi' yg terletak di dalam kawasan masjid jugak. Di perkuburan Baqi' tu la tersemadinya isteri-isteri nabi seperti Saidatina Aisyah binti Abu Bakar dan para sahabat seperti Uthman bin Affan. Perkuburan Baqi’ juga ialah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yang meninggal dunia di Madinah, termasuk para jemaah haji atau umrah. Kitorang cuma lihat dari luar je sbb kebenaran utk masuk hanya untuk kaum lelaki. Itu pun ade masa-masanya iaitu lepas subuh dan asar serta apabila berlakunya kematian.


Kemudian kebetulan kitorang sampai masjid lepas isyak kan..so boleh la org pompuan ke Raudhah iaitu sebahagian dari taman-taman syurga tempat kedua mustajap nye doa selepas Multazam. Ada 3 waktu je dibenarkan kaum wanita masuk ke Raudhah - lepas subuh, asar dan isyak kalau tak silap. Kite ni org Malaysia mmg last2 la baru dapat masuk. Indon leh pulak cepat..jangan tak tau, pengaruh Indon mmg dah kuat dah kat Mekah dan Madinah. Pekerja2 baik di MasjidilHaram or Masjid Nabawi kebanyakkannya orang Indon. Semua mmg pakai purdah/niqab kan tutup muka. Ade satu hari tu kat MasjidilHaram, penat lah I nk speaking arab ke english ke urdu ke semua dia bantai tak paham. Siap lah I pakai bahasa isyarat mintak on kipas. Last2 dia tanye "Malaysii, Endonesii?" ai ckp "Malaysii" terus kuar loghat jawa dia daaa..haha. Btw arahan utk masuk ke Raudhah tu pun dalam bahasa Arab dan Indonesia..Makguard2 tu pun dah pandai ckp indon..hihi. 


Rasulullah saw bersabda:
“Tempat antara rumahku dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga.” (HR. Muslim)
Itu lah Makam Rasulullah saw dan mimbar nabi. Sebelah-sebelah je. Sebelah makam nabi pulak terletaknye makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Jangan lupa belajar ttg cara-cara dan adab berziarah ye spt berdoa memohon syaafaat utk Rasulullah SAW, berdoa sambil menghadap kiblat bukan makam dan sebagainya. Gambar pintu makam dan mimbar tu En. Husben yg amik kan. Orang lelaki mmg takde halangan nk masuk situ..cuma kene pandai2 cari ruang. Tapi perempuan mmg tak boleh. Ruang perempuan agak terhad. Ade sekali kitorang pergi lepas isyak, pukul 1 pagi baru dapat masuk Raudhah. Dapat je masuk ape lagiiii..nampak je karpet hijau terus sujud. *ok sayu jap. Kalau nk cepat masuk pakai lah niqab tutup semua muka mcm org arab tu. kalau tak, nmpk je muka melayu kite ni mak guard tu jerit "ibu..ibu..duduk!" haaaa..terkulat kejap. Erm..gambar last sekali belah kanan tu gambar laluan orang perempuan utk masuk ke Raudhah. Ruang tu ditutup, so orang perempuan tak dpt la pergi ke mimbar dan makam nabi cuma dapat berdoa di sebalik kain ke kembes plastik ek yg dorang guna tutuk asingkan ruang perempuan dan lelaki. Mungkin ade hikmahnye dorang buat mcm tu..ye lah org pompuan ni emosi kdg2 takleh blah kan..ade tah org dari mane tah..pakistan ke uzbekistan ke go head gostan ke tak sure. Dia punye menangis..meraung2 siap bersyair bagai gamaknye. *eh I bukan mengumpat tau..cuma nk share pengalaman. hihi. Ok next!




Next day kitorang plan nak ke pasar kurma. Dekat je dgn Masjid Nabawi. Kalau nk senang kuar ikut pintu 25 yg En. Husben interprem tu. Sambil jalan2 tgk sekitar masjid, sampai lah ke pintu ni.  Abah dgn mak dah pernah ke umrah sekali dan tunaikan haji sekali..mmg dorang dah terer la bab jalan2 kt sana.  Beli kurma/coklat/kacang kat pasar kurma mmg berbaloi. Kene pandai tawar harga. Kurma nabi boleh dapat sehingga RM60 sekilo. Tgk gred la. Something yang tak leh miss adalah kurma salut coklat. Mmg awesome yuollsss! Test berkali2 baru beli. Kenyang gitu.  Abah ckp better beli kat pasar kurma ni daripada beli di ladang kurma nnt..memang betul! ladang kurma mahal seyyy..balik tu ktorang naik teksi sebab tak larat angkut hasil shopping kurma yg berat2 tu. Actually bukan teksi, tapi lori! hahaha. Lori kecik..pak arab tu offer kitorang teksi. Kitorang pun malas nk tunggu2. Ikut je la dia. Sekali lori! haha. Rugi tak snap gambar. Mmg sesuatu pak arab ni!




The next day kitorang ikut program ziarah luar dgn travel agent. Ziarah ke Masjid Quba'.  Di dalam Al-quran Masjid Quba' ini disebut sbg masjid yg dibina di atas rasa taqwa. 
Sabda Nabi SAW : Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.) 
Kemudian kami lalu sahaja di masjid qiblatain dan masjid tujuh sebab kejar masa nk bersolat zohor di Masjid Nabawi dan nak ke jabal uhud dan kilang percetakan Al-quran. Sambil2 tu mutawif bercerita la kisah2 di sebalik masjid2 tu.  So amik gambar dari luar je. Kemudian ke Jabal Uhud dan berziarah ke perkuburan para syuhada' uhud. Dengar mutawif cerita pasal para syuhada' uhud ni, mmg terharu. Pengorbanan dorang berbanding kita ni utk menegakan Islam mmg jauh panggang dari api. Sadis. Ini sedikit info pasal peperangan uhud:

  • Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang.
  • Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.
  • Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Kerajaan Saudi mmg tutup perkuburan tu dari pandangan orang ramai..so mmg tak nmpk dari luar. Katanye utk mengelakkan perbuatan khurafat. Tak sure perbuatan seperti apa. Next ke ladang kurma pulak. Seperti yang dibilang oleh abah, mmg mahal dan terrrrrlalu ramai orang. Semua sebok membeli. Kitorang turun kejap tgk2 then duduk je tunggu dalam bas. Sbb semuanya telah selamat dibeli awal2 lagi. Dengarnye driver bas dapat komisyen bawak jemaah ke ladang dorang ni. Tu yg bawak ke ladang tertentu tu. Abah ckp ade beberapa ladang lagi kat Madinah ni. Tapi ikut driver bas bawak yg kat mane. Ikut jumlah komisyen kottt?? Bila semua orang dah kumpul dalam bas, singgah pulak la ke Kilang Al-Quran. Ini pun lelaki je yg dibenarkan masuk. So org pompuan mmg tak turun pun bas. I ape lagi..Zzzzzz je lah jwbnye. Setiap org dapat lah souvenir Al-Quran sorang satu. Seronok bile En.Husben tunjuk doorgift dia dapat. Hehe. Pembahagian Al-Quran pun ikut peringkat umur ye..En. Husben yg muda sikit dapat yg kecik, yg umur pertengahan dapat yg sederhana, abah dapat yg besar. Ade atuk tu dapat paaaling besar. Mmg 'sesuatu' kan. hehe. Then kitorang pun balik dan sempat solat zohor dan Masjid Nabawi seperti yang dirancangkan.



Kat Madinah ni mmg heaven la shopping! Eh ni nak ibadah ke shopping ni?? haha. tapi betul. Pemandangan kat atas ni mmg ade di mana2. Depan hotel, belakang hotel, tepi hotel..mmg takleh elak! kuikuikui. Untuk yang nak cari jubah boleh beli kat kedai2 yg tersorok sikit dlm shopping mall, lebih murah berbanding yg kat luar2 tu. Mmg 2-3 kali jgk lah pergi satu mall tu. Dekat area Bin Dawood Madinah. Geram tgk jubah2. Ye lah kan kalau nk beli kat sini jubah2 'umbrella' yg mmg tengah 'in' kat sana and design exclusive tu boleh dapat bawah RM100. Cuba kat sini?? mau 2-3 ratus selai. Itu pun online.  Yg batu-batuan jgn ckp lah. Tapi I prefer yg simple dan elegant. eceh. Seluar-seluar utk pakai dgn jubah pun murah..dalam 10 riyal je. Rugi beli banyak2 kat mydin dulu. uhuk. Yang paling best dapat beli sejadah tebal ade tilam nipis dalam dia..sampai skarang pakai! Balik Malaysia ramai pulak yg kenan. Bising knp kitorang tak beli lebih. hehehe.


Ok ini dah sampai perenggan 3rd last. hihihi. Gigih la nk membaca nye ye. Yang menaip ni ape lagi. Dah terkehel tengkung ni ha. Takpe gigih nk simpan kenangan berharga ni punye pasal. Last malam before bertolak balik ke Jeddah esoknye tu, kami - I, Syafiqa, dan emak berjalan-jalan pusing Masjid Nabawi dan ucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah. Duduk2 kat kawasan Masjid Nabawi sambil berselawat ke atas Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan melayan perasaan masing2. Esok dah nak balik :'(

Ini adalah sedikit panduan ketika hendak meninggalkan Madinah :

Apabila hendak meninggalkan Madinah Al-Munawarrah, sama ada kerana hendak pulang ke tanah air atau hendak ke Makkah (untuk menunaikan haji atau umrah), anda hendaklah memberi wada’ (selamat berpisah) dengan Rasulallah s.a.w. Pergilah ke Masjid Rasulallah s.a.w, solat sunat, berdoa, kemudian pergilah ke makam Rasulallah s.a.w. seperti sebelum ini, berilah salam dan akhirnya (mengadap Qiblat) bacalah doa ini :
اَللَّـهُمَّ لَا تَجْعَلْ هَـذَا آخِرَ الْعَهْـدِ بِحَرَمِ رَسُولِكَ وَيَسّـِـرْلِى الْعَـوْدَ إِلَى الْحَرَمَيْنِ سَبِيـلًا سَهْلَـةً وَارْزُقْنِـى الْعَفْـوَ وَالْعَافِيَـةَ فِىْ الدُّنْيـَا وَاْلآخِرَةِ وَرَدَّنـَا سَالِمِينَ غَـانِمِينَ.
Maksudnya : “Ya Allah, jangan Engkau jadikan pertemuan ini sebagai akhir pertemuanku di sisi Rasul Engkau, dan permudahkan bagiku untuk kembali semula ke Haramain (Masjid Al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah), murahkan rezekiku, kurniakanlah keampunan dan kesihatanku di dunia dan di akhirat, dan kembalikanlah kami dengan sempurna dan sejahtera”.
(Catatan : Bagi wanita yang haid, boleh menziarahi maqam Rasulallah s.a.w. dan ziarah wada’ di luar masjid berhampiran dengan kubah hijau).
Sedihkannnn..akhir sekali berjanji pada diri sendiri 'suatu hari nanti jika umurku panjang, 'aku nk dtg sini lagi'! Lepas tu masing-masing balik hotel, mkn siap2 then check out..sementara tu sempatttt lagi capai2 ape2 yg patut kat kedai2 tepi hotel. Sanggup tak makan. Mmg dasarrrrr! ye lah, kang bawak balik duit riyal banyak2 kat Malaysia bukan laku pun, nk tukar balik kat money changer rugi pulak kan. Jadinya kite perabihkan je laa. Haha. Ha Lagi satu, makanan yang disediakan oleh hotel kitorang baik di Mekah or Madinah sedap2. Alhamdulilah. Takde kes tak lalu makan ke ape. Selera je manjang. Kat Mekah je selalu gak mkn kat luar esp time lunch sebab jauh nak menapak balik hotel lepas solat kan. Pakej jimat kan..jadi dpt lah hotel 600m dari Masjid.  So, standby la sos cili dari Malaysia ye. I bawak yg sachet kecik2 tu. Kumpul KFC punye. Nak bawak botol terus pun boleh. Tapi susah la pulak nk ngangkutnye..bawak la everywhere. Makan dgn kebab. Baru Umpphh. Dorang kat sana mmg takde cili sos. Ade tomato sos je kot. Sama je kot Mekah dan Madinah.

Otw balik ke Jeddah pun lama jgk. Urusan airport di Jeddah takde masalah. Luggage pun check in sekali gus campur dgn jemaah2 lain. So takde la exceed luggage ke ape. Walopon bag dah beranak pinak. Sebabkan naik Etihad Airways, flight transit jugak di Abu Dhabi..Airport dia santek uollss. Dpt jgk jejak kaki kat Abu Dhabi. Tapi airport je laaa..Tak sempat lah nak cinta bertaut di Abu Dhabi bagai. Sejam je transitnye. Jalan turun kapal nk ke gate satu lagi pun dah makan setengah jam. Tu pun En.Husben sempat mandi! Aritu kat Changi pun dia sempat mandi sebelum naik flight. Mmg perangai suka betul mandi kat Airport..tatau la terkenan ape time kecik2 dulu. huhu.



Itu sahaja. Tamat sudah entri Umrah dan Ziarah 2013. Berpinau dah mata. Semoga ketemu lagi di lain entri.  Sekianlah!

p/s : Klik gambar utk tumbesaran yang lebih besar. Maklumlah entri nk jimat space.

Salam.


Daisypath Anniversary tickers